inginkan mati 'bergaya'

Rabu, 31 Mac 2010

My future life is...........

Petang itu,selesai sahaja bermain bola,aku bergegas balik ke rumah bersama di fathi,cuib,dan amirun.Ada task penting menunggu kami selepas magrib.Sampai sahaja di rumah,aku terus membersihkan diri,bersiap ala kadar.

Selepas menunaikan sembahayang magrib,aku melangkah keluar, menuju ke rumah bait D Monkey.Kelihatan mereka sedang bersiap.Aku hanya memerhati sahaja gelagat mereka.Fathi yang berkulit hitam manis yang sepatutnya menyertai kami tuk menyiapkan task tersebut terpaksa menarik diri di saat terakhir kerana ada hal yang lain yang perlu diuruskannya.Aku dan cuib membiarkan sahaja.lagipun,Bashir D Bebe,tidak dapat ikut serta disebabkan assingment anatomy yang berlambak,jadi bolehla faathi menemani bashir.Aku dan cuib terus bergegas ke tempat "task".

Dalam perjalanan kami bertemu dengan seorang satria berkulit putih bermata ala "cina".Dia ingin turut menyertai kami tuk menyiapkan task tersebut.5 minit kemudian kami sampai tempat yang dituju.Aku membatukan diri."task" tinggal sedikit tetapi cukup tuk aku,cuib dan satria tuk menyiapkannya.Alhamdulillah.

ketika kami ingin meyiapkan 'task' tersebut,kami didatangi oleh 'abu shahmi'.Kelihatan abu shahmi seperti tidak berpuas hati dengan task kami,tanpa berkata dia terus menolong kami menyiapkan task tersebut.Sambil2 kami menyiapkan task tersebut,kami didatangi lagi oleh seorang insan dari malaysia,rasanya dia baru sahaja menyelesaikan tasknya.Kami melihat ke arahnya.

Ketika leka merenung gelagatnya,suasana tiba2 berubah menjadi agak haru-biru,mana taknya ramai senior2 urdun duduk bersama kami di 'warung din' tuk mendengat talk dari senior badge pertama(lupa plak nama dia).hehehe.Rasanya anda boleh mengagak task kami yang buat.hehehe.

Malam itu,dia menceritakan bagaimana life seorang doktor lepasan luar negara yang mengatakan agak payah sikit dalam 2 tahun housementship,disebabkan kekurangan pengalaman kot dalam clinil  year.Dipendekkan cerita,malam tu best la.hehehe.walaupun ambk masa 2 jam kot.tp point yang aku dapat,aku kena teruskan hidup iini,yang penuh dengan kejutan dihadapannya,suatu masa depan yang kita  tidak dapat jangka dan sangka.

~bahan-bahan binaan didapati dari faiq.blogspot.com~



Aku nak jadi macam sphenoid bone......

Petang itu,aku bersama wala berjalan menuju ke perpustakaan tuk mengulang kaji pelajaran bersama,kononya lebih effektif belajar berkumpulan dari belajar berseorangan.Sampai di perpustakaan,ramai pelajar yang sibuk menelaah pelajaran masing-masing,tidak kurang juga yang membuat study group.keadaan agak bising,namun tidak mematahkan semangat kami tuk mengulang kaji pelajaran.lagipun exam anatomy semakin hampir.Kami mengorak langkah menuju ke tingkat satu perpustakaan,dengan harapan suasananya aman dan tenteram,namun,harapan tinggal harapan,keadaannya sama ja.

"Ok,kita duduk dekat sini ja" cadang wala sambil melabuhkan punggungnya diatas kerusi yang agak usang.Aku hanya menuruti.Dengan suasana seperti dalam kafeteria,mematikan semangat untuk menelaah peljaran.Fikiranku melayang menjauh tuk mengubah sistem perpustakaan dekat sini.Kan bagus,kalau pihak unversity ini membuat bilik khas tuk study group.

Tanpa menghiraukan suasana haru-biru tu,wala terus membuka buku tortoranya,yang senstiasa melekat di tanganya sejak beberapa hari lalu.

Ok,hari ini,kita bincang pasal axial skull'  kata wala.Dia terus membelek buku tortoranya,namun aku masiih dalam awangan,membiarkan sahaja buku dihadapan buku tanpa disentuh.Menyedari keadaanku sebegitu rupa,wala memulakan bicaranya.

"danial,kau nak tahu sesuatu tak?" cuba menarik perhatianku.
"nak" jawabku ringkas,malas.

"kau tahu tak apa tu sphenoid bone?" . aku hanya mengangguk,tak kuasa nak berkata.

"Hah,kalau tau,apa dia?" cuba mengujiku.

"Ala,dia tu kan bone dekat medial fossae,n dia tu bone yang kat tengah2 yang sambung dengan bone yang len" jawabku.

"erm...etul tu" wala termenung seketika,kemudian dia menyambung ayatnya.

"kalau ko tengok betul2 kan,sphenoid bone tu kat tengah2 kan,lepas tu sambung ngan semua bahagian" 


sepi seketika...

" kan best kalau kita boleh "berfungsi macam sphenoid bone"


aku tersentak,perhatian ku terus ke arah wala.

"hidup kita ni,biar bercampur dengan semua jenis orang,meskipun kita ni kecil,tapi berguna kepada orang lain,meskipun 'gunanya; kita tu sikit.Cuba kita tengok sphenoid bone kecil tu,saiznya kecil tapi digelar keystone tu,kalau dia tak ada,rasa2nya kepala kita ni macam mana?" wala menimbulkan persoalan yang aku sendiri tidak terfikir.

pETANG TU,aku balik dari jamiaah berseorangan kerana wala ada hal perlu diursukan di universiti.Sepanjang dalam perjalan balik aku cuba mengaitkan apa yang dikatakan oleh wala.


P/s- aku dapati rempah ini dari pastamelatu.blogspot.com

Rabu, 24 Mac 2010

baru pucuk dalam meniti kehidupan

     Manusia tidak pernah puas dengan apa yang telah dimilikinya.lepas dapat satu,nak lagi satu.Erm....

Dulu senang-senang,buat tidak peduli ja,bila dah susah baru nak sedar.Namun,sekali nyawa dikandung badan,selagi itu,peluang masih ada untuk memperbaikinya.

Cuba amalan baik walaupun sedikit.Mungkin tidak nampak sangat kesannya.Mungkin baiknya tu,perkara remeh sahaja tapi cuba buat dulu.

Ala,susah la.Tak cuba tak tahu lagi.Orang boleh,kenapa kita tidak boleh pula.Ala,dia orang lain,kita mana boleh sama dengan dia.Tapi,dia pun manusia juga kan.Erm.....

Apasal amalan baik orang malu nak buat,buat perkara buruk tu  boleh pula.Siap buat jemaah lagi.Ermm..

~Bahan-bahan masakan didapati daripada http://pastamelayu.blogspot.com/~

Isnin, 8 Mac 2010

Nak jadi NAGA??

Alhamdulillah,hari ni aku rasakan hidup aku agak sedikit terisi.Seperti biasa,aku pergi ke university Yarmouk bersama dengan seorang sahabatku.hehe...seperti minggu lepas la juga,dan seperti biasa,pensyarah tersebut memulakan kelasnya dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada salah seorang syabab arab.Tenang hati ketika mendengarnya.sama seperti di sekolah menengah dahulu.Hahaha.Dekat sekolah menengah kebangsaa agama sik,ada perhimpuanan pagi sebelum memulakan kelas pada setiap hari.Aku rasa kebanyakan sekolah mesti ada bacaan ayat2 suci Al-quran tapikan,timbul persoalan di benak fikiranku,kenapa bacaan ayat2 al-quran tu tidak dapat menusuk kalbu.ERm...kenapa kalau aku baca,tidak terkesan kepada diriku?mungkin aku tidak memahami maknanya?mungkin aku tidak pandai bahasa arab?tapi ada terjemahan kan?mungkin aku perlukan guru untuk mendapat pemahahan yang sebenar?aku terpana.

Lepas bacaan ayat2 suci al-quran tu,pensyarah tu,seperti biasa akan memberi sedikit pengajaran daripada ayat2 al-quran tersebut.Walaupun aku tidak paham sangat,tapi kan,mungkin disebabkan,cara penyampaian pensyrah tu menarik,aku tetap memberi sepenuh perhatianku terhadap apa yang dicakapnya.Dari banyak2 yang dia cakap,yang aku dapat tangkap sikit ja.(almaklumlah,aku ni mempunyai masalah lambat paham dan cepat lupa).Dia cakap(lebih kurang) ada orang me'release'kan tekanan mereka dengan merokok.Kalau 'tension',pergi kedai,beli rokok.Betul ka cara diorang ni?Doktor tu menyambung tazkirahnya.Hisap rokok untuk lepas 'tension'.Ermm...(doktor tu buat gaya orang hisap rokok,hisap dalam dalam....kemudian dia hembussssss).Betulka cara mereka2 ni?

Kemudian dia mengucapakan Allah,dengan menekan kan perkataan 'ah'.Aku balik ke rumah,cuba mem'praktikan'.hehehe.Aku tidak tahu nak kata macam mana.Cuba try sendiri.Tapi buat dengan menghayati la...Baru ada feel.hehe.

~ingatlah Allah,insyallah akan dapat menengkan hatimu yang gundah~




Ahad, 7 Mac 2010

Siapa aku??

Kembali mengimbau masa lalu,membuatkan diri ini merasakan kerinduan terhadapNya.Aku berfikir sejenak setealh apa yang telah berlaku hari ini.Aku masih lagi berada di takuk yang sama.Tidak tahu kenapa tetapi aku tetap yakin bahawa aku pasti akan menemui titik perubahanku.Persoalannya bila?Aku termenung,entah bila pengakhirannya.Aku melihat suasana sekelilingku.Mungkin aku yang buta atau memang aku bukan yang terpilih antara jutaan manusia yang berada di atas muka bumi.

Kembali memikirkan segala perkara yang telah aku lakukan.Aku rasakan,aku lebih banyak membuat perkara yang tidak yang berfaedah.Aku mengetahui perkara tersebut tetapi sampai bila aku nak berterusan seperti ini.Lihat orang lain,semuanya salah,diri ja yang betul.Padahal,diri ni buat lebih.Fikirkan kembali,merasakan diri ni,telah diberi peluang,cuma,peluang itu telah disalah gunakan.Adakah aku ni manusia jenis tidak tahu bersyukur?

Kembali ke fitrah manusia.Erm..Mungkin aku perlu memperbaiki diri.MUNGKIN?erm...atau SEMESTINYA?
Aku merenung pencapaian yang telah aku buat selama ni.Adakah berbaloi atau tidak.Satu demi satu episod lama aku ungkaikan kembali.Cuba mencari kebenaran yang sebenar tetapi betulakah caraku ini?Atau pun aku cuba membohongi diriku sendiri?Pening.

Kembali ke arah kemaksiatan selepas bertaubat.Betulakah aku ini benar2 menyesal atau sekadar main2 sahaja.Memaku sebentar diri di hadapan komputer.Meneliti di mana punca dan salah silapnya.Atau aku terlalu berfikir banyak sangat.Entahlah...Merasakan diri ni ada sahaja kekosongan.Ingin buat itulah,inilah,sedangkan ada banyak benda yang lebih utama perlu aku lakukan.

Kembali bertaubat....Kembali ke arah jalan yang lurus.>>Aku sentiasa berbaik sangka terhadap orang ramai hinggakan kita dipermainkan.Mungkin aku ada salah dan terkasar bahasa kot...Sampai aku dibuat sedemikian rupa.Tetapi tidak mengapa,Aku ada DIA.Walaupun tidak tempat lain aku nak tolong,aku tak kisah sebab aku ada DIA.Kau nak buat apa pun,buat la.Yang penting aku sentiasa menjaga hubunganku dengan kau,sama ada kau terima atau tidak,terpulang.Itu badan kau,kau la pengemudinya.

Kembali bertafakkur.Mengenang nasib diri yang hina ini.Erm..nak katakan diri ini sentiasa bernasib malang...Tidak juga.Nak katakan diri ini kekurangan sesuatu tidak juga.Ada orang yang sakit kaki la,tempang dah tualah tetap pergi ke masjid.Aku pelik...Begitu kuat sekali mereka.Aku tertanya-tanya,apa rahsia mereka sedemikian rupa?Aku rasa,aku dah tahu jawapannya,cuma diri ini cuba memberi alasan.Aku muda lagi,tubuh badan pun sihat lagi,...Adakah aku dah terikut dengan nafsuku semata-mata atau aku telah tergoda seratus-peratus dengan godaan syaitan.ERmmmmmm

Kembali membina semangat....Macam mana aku nak dapatkan semangat seperti sahabat-sahabat zaman dahulu.Berjuang bermatian-matian.Tanpa mengenal penat lelah,mencari syahid pula tu.Aku?Erm..paling tidak pun,aku tetapp berusaha juga ke arah matalamat yang sama macam mereka.Namun ikhlaskah aku???


Kembali ke alam realiti...Aku memandang sekelilingku dengan penuh perhatian.Moga2 aku temui kebenaran.Aku menampar pipiku yang kurus ni.Sakit....Alhamdulillah..Aku masih sedar lagi dengan nikmat kewarasan yang Allah berikan kepadaku...Moga aku terus berada di bawah naunganNYa.


ya Allah,aku ni hambamu yang hina dina,
cuba mencari keredhoanMu ,
Ya Allah,aku ni hambu yang sangat kerdil,
tidak mampu mengharungi dunia ni tanpa panduanMu,
Ya Allah,aku ni insan biasa,
mengorak langkah untuk bertemu denganMu,
Ya Allah,aku ni hamba yang alpa,
bantulah aku dalam mengingatiMu,
Moga aku sentiasa berada di bawah rahmatMu..



Rabu, 3 Mac 2010

No LiMiT

       Kali ini,aku menjejaki kaki ke university Yarmouk bersama dengan seorang kawan.Pagi itu,seperti biasa aku akan singgah ke rumahnya dahulu sebelum bergerak bersama-sama ke kuliah.Pagi itu agak sejuk.Tambahan pula,aku hanya memakai satu lapisan sahaja membuatkan sejuk itu sampai ke tulang.Aku bergerak bersama rakanku,Munzir 1o minit sebelum kuliah bermula.Al-maklumlah,rumah dengan university dekat.Kami mempercepatkan langkah.Ketika dalam perjalanan kami tersempak dengan pelajar-pelajar Malaysia.Sempat juga bertegur sapa meskipun menyedari kelewatan.

      Seperti biasa,kelas akan dimulakan dengan bacaan ayat2 suci al-quran dan sedikit tazkirah daripada pensyarah.Tazkirah kali ini menarik perhatian saya yang mungkin saya boleh kongsikan disini.Pendek ja tazkirah tu.(hehe,pendek sebab part ni ja yang aku paham).Beliau cakap(lebih kurang la),boleh tak kita jumpa seorang raja yang dikawal rapi oleh askar-askar tanpa sebab yang munasabah?atau boleh tak kita jumpa dengan presiden suka-suka?'Mush mumkin'(tidak mungkin) tetapi dengan Allah,bila-bila masa sahaja kita boleh "berjumpa".Bertemu dalam sembahyang.


    Banyak lagi yang diperkatakan oleh pensyarah itu,namun saya rasa cukup setakat ni saja kot.Apa perasaan kita,jika seorang artis atau tak pun seorang yang kita kagumi datang berjumpa dengan kita?Seronok,gembira sampai lidah kelu?Tapi bagaimana pula ketika diri bertemu dengan Allah,tuhan yang MAha Esa,maha Agung?Bagaimana perasaan kita?Saat kita menerima hadiah daripada orang lain,kita akan mengucapkan terima kasih tapi pernahkah kita rasa bersyukur terhadap Allah yang telah memberikan segala macam bentuk kesenangan? bahkan ada manusia yang kufur dengannnya.~Renung-renungkanlah~


~ingatlah Allah,mudah-mudahan mendapat ketenangan meskipun ditimpa apa jua keadaan~


       


      

Isnin, 1 Mac 2010

Dirimu boleh,cumanya banyak alasan yang hatimu cuba berikan

      Perjumpaan badge(medik) berlangusng dengan agak lancar.Pelbagai persoalan telah terjawab.Otak yang sarat dengan beban soalan akhirnya dapat diringan.Sekarang yang pentingnya adalah diri itu sendiri,sama ada hendak atau tidak sahaja.Ramai juga yang menghadirkan diri meskipun keadaan cuaca yang agak sejuk.Terima kasih kepada senior-senior yang sanggup melapangkan masa bersama kami.Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dan juga atas nasihat yang telah diberikan.

    Pelbagai nasihat yang kita telah dengar.Itulah,inilah dan macam-macam lagilah.Belajar dengan studi group,mempelbagaikan sumber,tanya kawan,kongsi maklumat,antara yang diperkatakan oleh senior.Semuanya betul,dan tidak ada salahnya,cumanya,tengok diri kita,mana suatu cara berkesan pada diri kita.Senior pun mempunyai cara mereka tersendiri yang kita boleh manipulasikan dalam cara pembelajaran kita.

     Ketika dalam perjumpaan yang serba ringkas itu,saya tertarik dengan kata-kata salah seorang 'ahli panel' kita,yang mengatakan(lebih kurang) kita kadang kala terlalu 'overconfident' dengan usaha yang kita lakukan hinggakan kita meletakkan usaha semata-mata kita sebagai asbab kita berjaya dan kurangnya kebergantungkan kita kepada khaliq.Sya diam ketika mendengar kata-kata itu.Ya memang saya mengetahui perkara tersebut,cuma diri yang lemah ni hampir melupakan perkara yang paling penting ini.Sya teringat ayat seribu dinar.
        
 Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” 

     Kita sudah tahu perkara ini tetapi kenapa kita tetap kurang kebergantungan kepada pencipta seluruh alam.KENAPA?. Cuba 'check' dekat diri sendiri.Mungkin ada benda yang kita buat yang tidak dengan syarak atau pun kita ni banyak sangat buat maksiat pada Allah.Atau pun,kita ni terlalu lalai dengan dunia.Kalau tidak nampak,cuba buat 'double check'.Kalau tidak jumpa juga,cuba baca artikel-artikel islamik yang berkisahkan para sahabat,blog-blog islamik(hanya cadangan saya),bukan apa,dari situ,mana tahu la,baru kita nampak bagaimana kebergantungan para sahabt(dan lain2) terhadap Allah.Kalau kita yakin,insyallah,kita akan rezeki Allah ada di mana-mana,cumanya kita perlukan juga usaha dalam mendapatkannya.Bukan sekadar usaha sahaja saja yang kita curahkan,namun pada masa yang sama,kita bertawakal kepada Allah.


 ~cuba muhasabah diri itu,mungkin ada cacat celahnya,cuba perbaiki,jangan terlalu diikut sangat nafsu tu,takut2 binasa pula.~


~tanggungjawab merupakan satu beban yang sangat berat yang hanya dapat dipikul oleh segelintir orang sahaja.Jadi ingat2lah,bahawa kita mempunyai tanggungjawab masing-masing.Allah tidak menzalimi hambanya,~


~sentiasalah berbaik sangka pada Allah.setiap musibah yang berlaku mungkin suatu tarbiyah yang Allah berikan kepada kita~


~senang-senangkanlah dirimu berbuat kebaikan dan amal solih kerana itulah bekalan yang engkau bawa dunia akhirat~


salam mujadah dan salam maaf buat semua/:D