inginkan mati 'bergaya'

Ahad, 31 Januari 2010

simpulan dua hati (eps 5)

Sejak kepulangan Ahmad dari menyertai PLKN,penduduk kampung tidak lagi berani mengatakan bahawa Mahmud merupakan dalang di sebalik kejadian yang menimpa kampung mereka itu.Sejak hari itu juga,amarah Cuib terhadap Ahmad semakin menjadi-jadi.

'Geramnya aku.Kalau kita sapu bersih rumah Ahamd hari itu kan bagus,' kata Cuib sambil menggenggam tangannya dengan eratnya.

'Tidak pa,lain kali kita pecah masuk lagi rumah dia.Aah,masa itu,kau nak buat apa pun,buat la' hasut Fathi menaikkan lagi rasa benci Cuib terhadap Ahmad.

Lain pula halnya yang berlaku terhadap Ahmad.Sejak mengikuti program PLKN,Ahmad lebih kelihatan matang dari mereka yang seusianya.Kulitnya yang dulu cerah,bertukar sedikit gelap,badannya pun semakin sasa.Tindak tanduknya semakin tegas.

'Mak,Mad rasa budak tiga orang tu yang buat kerja yang tidak bertanggungjawab tu'  kata Ahmad ketika mereka menikmati minum petang.

'Budak mana?' tanya emaknya.

'Ala,si Cuib,Fathi dan Bashit tu la.Bukan mak tak tau,diorang tu memang tak puas hati dengan Mahmud sejak dari dulu lagi' 

'Tak elok main tuduh orang ni,' tegur Aminah.
 Ahmad diam.Ahmad mengakui kata-kata maknya itu.Dia perlukan bukti untuk mengatakan bahawa mereka bertiga  yang bersalah.

'Mad,ada orang nak jumpa Mad.Tak tau la sapa,tapi dia kata Mad kenal dia.Dia cakap,jumpa dia dekat bandar hari Khamis ni'  beritahu Aminah.

'Siapa mak?'


'Tak tahu la tapi orang tu bagitau nama dia Hj Mukmin,'


Malam itu,Ahmad tidak senang tidur,memikirkan perbualannya petang tadi.

'Siapala Hj.Mukmin ni?.Pernah kah aku jumpa dia? Macam mana dia tahu nama dan tempat tinggalku? Kenapa dia nak jumpa aku? getus hati Ahmad.Ahmad tertidur selepas otaknya penat memikirkan jawapannya yang hanya dapat di jawab dua hari lagi.


 gambar hiasan
                                                                        **********
'Sedap tak kuih tu' tanya Hj mukmin
'Sedap' 
'Kalau sedap Mahmud kena makan banyak-banyak baru cepat sihat'  
Mahmud hanya mengangguk sahaja.Tangannya pantas mencapai kuih yang terhidang di hadapannya.
Sejak insiden dua minggu yang lepas,Mahmud tinggal bersama Hj Mukmin.Insiden itu masih segar lagi di ingatan Hj.Mukmin.

'Cepat! Bagi aku dompet kau,kalau tak nahas kau,' ugut pencuri terhadap Hj Mukmin yang baru sahaja mengeluarkan duit dari AtM.Hj Mukmin ketika itu dalam keadaan serba salah.Kalau tidak dituruti,nyawa pula melayang.Hj Mukmin melihat parang yang dipegang oleh pencuri tersebut.

'Baik,baik,tapi kau jangan apa-apakan aku,' pinta Hj Mukmin.

'Aah,cepatlah,kau jangan nak tipu aku pula,kalau tak nahas kau' 

Sebaik sahaja Hj Mukmin mengeluarkan dompet dari poket seluarnya,tiba-tiba satu tendangan tepat mengenai belakang pencuri sehingga pencuri tersebut jatuh tersungkur.

'Kau ni tak ada kerja lain ka nak buat,' sergah Mahmud kepada pencuri sambil memberi isyarat kepada Hj Mukmin untuk beralih ke tepi.

'Kau siapa?O.. Baik kau pergi dari sini,kalau tidak..
Belum pun sempat pencuri itu menghabiskan kata-katanya,satu tumbukan hinggap ke mukanya menyebabkan dia tersungkur kali kedua dan parang yang dipegangnya terlepas.Tanpa membuang masa,Mahmud cuba menggapai parang yang terlepas dari tangan pencuri tersebut.

Tiba-tiba..  DANG!DANG!DANG!  Mahmud ditembak! Setelah menembak Mahmud,pencuri terus berlari ke arah Hj Mukmin lalu merampas dompet yang sedang di pegang oleh Hj Mukmin dan melarikan diri.Hj Mukmin pula melihat Mahmud tersungkur ke tanah.Lebih malangnya kepala Mahmud terhentak di batu.Melihat keadaan tersebut,Hj Mukmin terus menelefon ambulans.

Mujurlah Hj Mukmin merupakan seorang doktor.Sementara menunggu ambulans datang,Hj Mukmin cuba memberhentikan penderahan yang berlaku.

'Pa,ada lagi tak kuih ni? tanya Mahmud mematikan lamunan Hj Mukmin.
'Ada.kat dapur.pergilah ambil' 
Mahmud tidak mengalami kecederaan yang serius dan dibenarkan keluar hospital seminggu yang lalu.Namun,akibat insiden tersebut,Mahmud telah hilang ingatan.Dia langsung tidak mengetahui siapa dirinya,keluarga dan juga masa silamnya,yang dia tahu,Hj Mukmin adalah ayah angkatnya.

'Mud,lusa,ayah nak ke bandar sekejap.Ada kawan nak jumpa'  beritahu Hj Mukmin.

'Nak ikut sekali boleh tak?' tanya Mahmud dengan penuh harapan.

'Tidak boleh.Hari itu,doktor ada cakap,Mahmud tidak keluar ke mana-mana sehingga sembuh sepenuhnya'  kata Hj Mukmin,cuba memberi alasan.

'Nanti,ayah belikan Mud,kuih kegemaran Mud,ok?' pujuk Hj Mukmin setelah melihat Mahmud merajuk.

'Janji tau,' kata mahmud yang kelihatan tidak ubah seperti anak kecil.

Hj Mukmin dan Ahmad masing-masing tidak sabar bertemu.Masing-masing mempunyai persoalan yang berlegar di dalam kotak pemikiran mereka.



gambar hiasan

Jumaat, 29 Januari 2010

Jaulah (perjalanan melawat makam sahabat)

 Perjalanan kami sebenarnya adalah untuk melawat makam para sahabat,Sahabat pertama yang kami lawati adalah makam abu darda'.Perjalanan kami kesana mengambil masa lebih kurang setengah jam dari tempat kami bertolak.Makam Abu darda' ni terletak di kawasan perkuburan Islam dan makamnya terletak di puncak bukit.Ketika kami tibanya di sana,kami melihat sebuah rumah kecil lalu kami bergegas ke sana tetapi sayangnya rumah tersebut terkunci.Kami tak dapat memasukinya.Kecewa.Rumah tersebut menyimpan makam Abu Darda'.
makam Abu darda'
Naqiy(ketua ekspedisi) memberitahu kami sedikit biodata tentang abu darda'.Difahamkan bahawa makam abu darda' ni terdapat khilaf.Ada yang mengatakan bahawa makam sahabat ni terdapat di Mesir,Jordan dan Syria (kalau tak clap la).tapi yang kuatnya mengatakan bahawa  makam sahabat ni terletak di Mesir.
Kami hanya sekejap sahaja di makam sahabat ni kerana kami perlu meneruskan perjalanan untuk melawat makam sahabat yang lain pula.Sebelum meneruskan perjalanan,kami sempat mengambil gambar di puncak bukit yang tidak seberapa tinggi.


                                      naqiy(kiri),saya(kanan)
                                          
  bergambar bersama dengan (dari kiri) komeng,
Syeikh Abdullah,pemandu dan saya.hehe   

Angin di puncak bukit ni menyejukkan lagi cuaca yang sememang dah sejuk.Pemandangan dari bukit ni juga cantik.Selepas beberapa minit di makam Abu darda',kami meneruskan perjalanan ke makam sahabat yang seterusnya iaitu makam Muaz bin Jabal.Ketika dalam perjalanan menuju ke makam sahabat yang hebat ni,Moja ditahan oleh askar yang mengawal 'checkponit'.Moja,(tukang masak) ditahan sebab polis tu nampak dia ambil gambar kami dalam van.Syeikh Abdullah tu cakap,kalau ambil gambar depan polis yang jaga 'checkpoint' masalah ckit,bukan pa,untuk keselamatan.Kami angguk ja.tapi Moja bernasib baik tidak ditahan dan kameranya juga tidak dirampas.haha.Sepanjang perjalanan tu,Moja menjadi 'topik hangat'.'Moja ditahan polis'.
Dalam perjalanan ke makam muaz bin jabal ni juga,kami berkesempatan berhenti untuk mengambil gambar walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk.

                                       macam malaysia pula.
                                          Rindu malaysia.

nampak tak tasik tu.hehe


Kami juga berkesempatan untuk sarapan percuma.Sebenarnya,kami tidak berkesempatan untuk sarapan di rumah tapi rezeki la katakan.Kami singgah di sebuah stesen minyak yang baru buka.dapat makan manisan free.Sambil-sambil tu,kami sempat berbual dengan 'cousin' tuan empunya stesen tu.
    




Selesai menjamu selera,kami menyambung perjalanan kami.Agak jauh la juga.Namun ia tetap menyeronokkan.Kami tiba 30 minit kemudian.Makam Muaz bin Jabal ni terletak di kawasan Masjid.




Di sini juga terdapat makam anakandanya abdul rahman.Kedua-duanya diletakkan dalam bilik yang sama.Cuma saiz makam Abdul Rahman kecil sedikit daripada Muaz bin Jabal.      
       




-ni tulisan yang terdapat 
dekat makam Muaz bin Jabal.



Selepas melawat makam sahabat ni,kami kemudiaanya masuk ke dalam masjid.
                                   
                                     beginilah keadaan masjidnya.




Kami seterusnya bergerak ke makam sahabat seterusnya.Sahabat ni,sejujurnya,ni la pertama kali saya mendengar namanya.Nama sahabat tersebut ialah Syarhabil.Makam sahabat ni pun terletak di kawasan masjid.Kedatangan kami disambut oleh penjaga di situ.Cuaca di sini agak panas berbanding sebelum.








   Kami menunaikan sembahyang di masjid ini sebelum meneruskan perjalanan kami.Memang agak sedikit penat,namun menyeronokkan.Selepas itu,kami meneruskan perjalanan ke makam sahabt yang ketiga.Sepanjang perjalanan,jalan raya kelihatan lenggang.'Pak Cik Arab; tu cakap,kalau hari jumaat ramai orang.Tempat yang dimaksudkan bernama Kremeh.Di sini kami singgah sebentar untuk membeli makanan.Orang dekat Kremeh ni sedikit hitam.Mungkin disebabkan mereka dekat dengan laut mati.

bergambar di Kremeh.

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke makam sahabat yang ke-4.makam sahabat yang ke-4 ni terletak di masjid yang agak besar daripada sebelum ni.

Sampainya kami di sana,kami cuba untuk memasuki ke dalam masjid untuk menjamu makanan tengah hari tapi sayangnya makanan dan minuman tidak dibawa masuk.jadi kami pun terpaksa makan di luar masjid ja.hehe.'Pak Arab' tu makan kat luar juga.

                                        
                                        
                                              
Habis menjamu selera kami bergegas ke makam sahabat.Sahabat ni bernama Abu Ubaidah.Makamnya terletak di dalam sebuah bilik sama seperti makam Abu Darda'.


                                        

Sebelum bergerak ke makam seterusnya,kami menunaikan solat sunat dua rakkat kat masjid ni.Selesai sembahyang,kami melihat sekumpulan lelaki membawa keranda,tandanya ada orang MENINGGAL.
Kami sedikit terkejut.Mereka membawanya masuk kedalam masjid.

Kami tidak lama di situ sebab kami kena bergerak ke tempat seterusnya.Sahabat yang kami lawati ni juga,merupakan sahabat yang pertama kali saya mendengar namanya.Nama sahabat tersebut ialah Dhahir Al-Azwar.Sampai sahaja kami di situ,kami terus pergi ke makam sahabat tersebut.Ketika itu,terdapat golongan orang arab membaca doa.Kami terus menyertai mereka.Selesai membaca doa,kami bersalaman antara satu dengan yang lain.Salam cara orang  arab ya.

Apabila kami keluar,kami melihat ada seorang syeikh datang.Semua yang ada di situ bersalaman dengannya.Kami pun turut bersalaman dengannya dan menemaninya pergi melawat makam sahabat tersebut.
                                   sempat berbual dengan syeikh


                                             makam sahabat
Selesai ja,kami pun keluar dan secara kebetulan lagi kami jumpa seorang lagi syeikh.Kali ni,syeikh macam ditemani dengan pengawal.Dengar kata,syeikh ini datang dari Amman.Dia pun nak melawat makam sahabat.



                                          
Kami bergambar dengan syeikh tersebut selepas solat asar(gambar atas).Syeikh yang berserban hijau ni akan melawat makam Abu Ubaidah,tempat yang baru ja kami pergi lawati.Kira beruntung la juga dapat bertemu dengan dua syeikh di tempat yang sama.

Selepas  itu,kami meneruskan perjalanan ke makam yang terakhir.Sepanjang perjalanan,saya tidur kepenatan.Ikut kan hati memang nak balik ja,tapi sampai ja di sana,kami di hiburkan dengan telatah budak-budak arab di situ.

Makam sahabat yang terakhir kami lawati ni bernama A'mir.Makamnya ditutupi dengan kain hijau.


Habis ja melawat makam tersebut,kami berehat bersama-sama dengan pemandu dan syeikh Abdullah.Saya dan Rakif berbual dengan pemandu manakala,Naqiy dan Hilmi berbual dengan syeikh Abdullah.Najib pula sibuk melayan kerenah kanak-kanak arab di situ.Walaupun penat,tapi kami balik dengan senyuman terukir di bibir.


Khamis, 21 Januari 2010

simpulan dua hati (eps 4)


'Macam mana ni Fathi?' tanya Bashir.
'Macam mana apa?' 
'Ala pasal si Cuib tu la.Kan dia sekarang ni tidak ada duit.'


'Ni semua pasal kau.Orang fikir dalu baru cakap,ni tak,cakap dulu baru fikir' kata Fathi sambil meletakkan jari telunjuknya di kepala Bashir

'Ye la,aku tahu,aku salah,tapi tolonglah aku memikirkan caranya' pinta Bashir.
'Baiklah tapi dengan syarat kau kena belanja aku selama seminggu.'
'Seminggu! 
'Kau nak ke tak nak?'
'Nak' jawab Bashir dengan nada perlahan sambil mengeluh.

Petang itu,Bashir dan Fathi khusuk berbincang memikirkan cara yang terbaik untuk mendapatkan duit hinggakan mereka tidak sedar ada mata-mata sedang memerhati gelagat mereka.

Setelah hampir dua jam berbincang,mereka pulang ke rumah dengan senyuman.

                                                                 
                                                                     ***********
'Cuib,kami sudah dapat cara yang paling mudah dan cepat nak dapat duit tapi..'  kata Basir
'Tapi apa?' tanya Cuib.
'Tapi berbahaya sikit la' sambung Fathi.
'Ah tak kisah la,yang penting aku dapat apa yang aku nak'
'Baiklah kalau macam tu' lalu Bashir dan Fathi menerangkan kepada Cuib.
'Errm,bagus juga idea kau ni,tapi siapa punya rumah dulu kita nak pecah masuk?' tanya Cuib,tidak sabar.
'Rumah Ahmad' jawab Fathi.

Cuib terdiam.Dahinya berkerut seolah tidak setuju dengan pendapat Fathi.Melihat reaksi muka Cuib yang sebegitu rupa,Fathi terus menerangkan sebab dia memilih rumah Ahmad.

'ok,ok,aku paham' kata Cuib sambil gelak.
'Bagus juga kepala otak kamu dua orang ni ya'  sambungnya.
'Baik,esok kita pecah masuk sebab ibu bapa Ahmad tidak ada dekat rumah.Dengar kata,lusa baru mereka balik dari luar negara' terang Fathi.

Keesokannya,tepat pukul 1 pagi,ketika penduduk kampung nyeyak tidur di ulit mimpi,Cuib,Fathi dan Bashir meneruskan niat jahat mereka.

'wah,kaya kita kalau macam ini,' kata Cuib setelah mereka sampai di'port' mereka.
'yela' jawab Bashir.
Mereka gelak.
'esok,kalau ibu bapa Ahmad balik,mesti mereka terkejut besar' kata Fathi.
'itu sudah tentu.apa-apa pun,hari ahad ini,kita ke bandar,kita 'enjoy',' kata Cuib.
'ya,kita 'enjoy', 


  
                          sekadar gambar hiasan                              

                                                               ****************

'Ya Allah bang,habis rumah kita bang'  kata Aminah sambil menanigs tersesak-esak.
'Sabarlah Nah,ni semua ujian dari tuhan,pasti ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku' kata Amin,suami kepada Aminah.
'Nah,tunggu kat  sini,abang hendak pergi jumpa ketua kampung'


Beberapa minit kemudian,Amin datang bersama-sama ketua kampung,tiga orang anggota polis dan beberapa penduduk kampung yang lain.Suasana di rumah Ahmad semakin riuh dengan kehadiran penduduk kampung yang semakin ramai.

'siapa lah yang pergi buat kerja tak berfaedah ni?'  keluh salah seorang penduduk kampung.
'Ala,siapa lagi,kalau bukan si Mahmud yang buat.Tengok la,sejak dari semalam,aku langsung tak nampak dia',  kata Cuib yang ingin menabur fitnah.
Semua melihat ke arah Cuib.
'Ala,kita semua bukannya tak tahu yang si Mahmud tu,dia kan terdesak nak cari duit sekarang ni,nak sambung pelajarannya,' sambung Bashir, menimbulkan sangkaan buruk pendudk kampung terhadap Mahmud.
'Sudah,sudah.tidak baik kita main tuduh ja' kata Hanif,ketua kampung.
'Biar orang yang arif dalam bidang ni yang menyelesaikannya' tegur Hanif.
Meskipun keadaan kembali reda,namun percakapan dan taburan fitnah yang dihamburkan oleh Cuib dan Bashir meninggalkan buruk sangka penduduk kampung terhadap Mahmud.
20 minit kemudian,kawasan perumahan Amin mulai senggang.
'Sabar la ya Min' kata Hanif selepas pihak polis selesai mengambil keterangan Amin.
'Ingat Min,Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar'.


Sejak hari itu,banyak berlaku kecurian di kampung yang dahulunya aman damai dan selama itu jugalah kelibat Mahmud tidak kelihatan menyebabkan syak wasangka terhadap Mahmud semakin menebal dalam kalangan penduduk kampung.

Dihadapan rumah Mahmud,
'Mana Mahmud?!!' Kami nak jumpa dia sekarang juga.'  kata salah seorang peduduk kampung yang tidak lagi dapat menahan amarah di dada.Begitulah yang terjadi apabila nafsu mengusai akal.Semua perkara ingin diselesaikan secara kekerasan.

'Ya,mana Mahmud?! Kami nak tangkap dia' Fathi yang cuba menambahkan provokasi.

Penduduk kampung semakin membanjiri di hadapan rumah Mahmud.Ibu bapa Mahmud mulai resah.Mereka sendiri tidak tahu ke mana anak kesayangan mereka itu pergi.

'Sabar,sabar.kawal diri kamu.jangan buat tindakan melulu,' Hanif cuba meredakan keadaan.
'Ah,kami tak peduli.kalau Mahmud tak keluar juga,kami masuk dalam rumah.' ugut salah seorang penduduk kampung.

Selepas beberapa minit,Mahmud tetap tidak muncul menyebabkan orang ramai merempuh masuk ke dalam rumah Mahmud.Habis bersepah mereka kerjakan.Banyak perabot mereka musnahkan.Selepas berpuas hati bahawa Mahmud tidak ada kat rumah,barulah mereka keluar.

'Apa nak jadi kamu semua ni'  kata Hanif sambil menangis teresak-esak melihat kelakuan yang tidak bertanggungjawab itu.

'Ala,Mahmud tidak akan dapat bersembunyi selama-lamanya'  kata Cuib yang cuba kembali menimbulkan ketengangan.

Tiba-tiba satu penumbuk hinggap di muka Cuib.Orang ramai terkedu.
'Kau sapa nak tuduh Mahmud sebagai pencuri.Cuba tunjukkan bukti dulu.Jangan main serkap  jarang'  kata kelibat yang baru ja sampai sebentar dari bandar.Melihat daripada paras mukanya,penduduk kampung seakan mengenalinya.
'Kau sapa pula nak masuk campur' kata Bashir yang cuba masuk campur.
'Ahmad!'
 
gambar hiasan

Sabtu, 16 Januari 2010

Jaulah (pengenlan)



Pada 16 hb 1 2010,tepat pukul 9 pagi, aku membuka pintu dengan membawa satu matlamat yang aku tidak terfikir bahawa aku boleh mencapainya secepat ini.

'assalamulaikum min,dah bersiap ka?.Aku dah 'on the way' dah nak sampai ini'  kata Naqiy,salah sorang sahabat  yang akan bersama-sama aku dalam ekspedisi ala-ala jalan-jalan cari makan ni.

'Dah,dah nak turun dah pun'  jawabku ringkas.Lalu aku bergegas turun ke bawah.

Sampai sahaja di bawah,aku bertemu lagi dengan dua lagi rakan ku yang lain,Hilmi dan Ammar.Kedua-duanya merupakan pelajar perubatan JUST.Kami berjalan ke kedai Abu Ain yang hanya beberapa langkah saja dari tempat penginapan kami.Di kedai tersebut,kami membeli sedikit minuman sebagai bekalan.

Selepas itu,kami pergi ke tempat berkumpul.Dari kejauhan,Naqiy sedang bercakap dengan seorang penduduk tempatan di sini.Teringin juga aku mendengar apa yang mereka bualkan.

Kami bersalaman.

'Wah,guna van rupanya,ingat kan nak gunakan coaster'  kataku.



                                                   van yang digunakan sebagai
                                                            pengangkutan.


'Ah...ni nama dia Abdullah', kata Naqiy yang bertindak sebagai ketua(syeikh besar).

Kami senyum memandang ke arahnya lalu masuk ke dalam perut van dan ketika itu Rakif baru sahaja tiba dengan membawa sedikit bekalan makanan.


Sambil menunggu lagi kedatangan dua orang rakan yang lain,Abdullah(penduduk tempatan kat Jordan) memberi kami minum kopi 'saada'.Wah,nampak cam sedap.
sekali aku minum,pergh...rasanya sedikit tawar dan pahit.haha.nasib baik syeikh arab tu bagi sikit.



    ni la kopi dia.'sedap' tau


'Kopi ini,bagus untuk kesihatan.Ia membuatkan kita segar.Tak la mengantuk ketika dalam perjalanan',  terang Rakif yang merupakan mahasiswa Yarmouk,sama dengan Naqiy.


10 minit kemudian,Najib(pelajar JUST) dan Mujahid(pelajar Yarmouk) pun sampai.

Mujahid atau lebih dikenali dengan panggilan Moja merupakan tukang masak kami pada hari itu.Kalau nak tahu,masakannya memang boleh 'fight' ngan masakan kaum wanita.

'Syabab,kholas?fi syabab aakhor?' tanya Abdullah kepada Najib sebaik sahaja sampai.

'La',bikaffi.' kata Najib(nama glamour dia komeng).

Semua tak sabar nak sampai berjumpa dengan 'mereka'. Sebelum van bergerak,syeikh Abdullah membaca doa.

'Ya Allah permudahkan la perjalanan kami', bisik hatiku

                                                                             *********

ps-penggunaan syeikh di sini sekadar gelaran.
    -coaster merupakan penggunaan berbentuk mcm van tapi panjang 
     sikit

Jumaat, 15 Januari 2010

Simpulan dua hati (eps 3)

'sudah la tu Mad,Mud.Perkara tu dah berlalu dua minggu dah.Mad dan Mud kena ingat,tiada yang kekal   abadi kecuali Allah s.w.t.' nasihat cikgu Hilal.

Memang mereka akui kebenaran kata-kata cikgu Hilal.Ustaz Amirun pun pernah cakap,setiap benda pasti akan merasai mati.Samada kita suka atau tidak,mati merupakan satu kepastian.Ia tidak akan dilewatkan atau dipercepatkan walau sesaat.

'Ingat Mad,Mud,hidup ini umpama lukisan dan pelukisnya adalah kita sendiri.Kita la yang mencorakkannya.Jika kita hendak lukisan kita itu cantik sudah tentu kita akan bersungguh-sungguh dalam membuatnya dan nilai yang ada pada lukisan itu juga tinggi tapi jika kita membuat lukisan sambalewa,nescaya,jika kita persembahkan atau pamerkan kepada khalayak ramai,pasti akan dipinggirkan.


Begitu la juga kita di akhirat kelak.Adakah kita hendak 'mempersembahkan lukisan kita yang sambalewa itu?'.Ingatlah,dalam kepahitan itu pasti ada kemanisan yang menyertainya.' terngiang-ngiang ucapan itu ditelinga Ahmad dan Mahmud.


Sejak pemergian ustaz Amirun,Ahmad dan Mahmud bertukar menjadi sangat pendiam.Ahmad yang terpaksa mendaftarkan diri di pusat PLKN selepas sehari kemalangan itu mengharapkan penyertaannya itu dapat mengurangkan sedikit sebanyak kesedihannya.



Hari berganti hari,pejam celik,dah hampir sebulan perisriwa itu berlaku.Ahmad yang meyertai PLKN mendapat semangat baru untuk meneruskan kehidupan yang dipenuhi dengan masam manisnya.Mahmud pula,sejak menghadiri ceramah motivasi diri yang disampaikan oleh cikgu Anuar terpaksa menerima bahawa kehidupan ini umpama pelita yang pada bila-bila masa saja akan habis minyaknya.

'Ya Allah,sesungguhnya Engkau la Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Berkatilah roh ustz Amirun,moga dia ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh.Amin.'  doa Mahmud setiap kali selesai menunaikan sembahyang fardu.Dia tahu sedalam mana kasih kita kepada seseorang itu,dalam lagi kasih Allah kepada hambanya yang soleh.


                                                          
                                                                   ***********

'Cuib,kau nak ke mana tu?' tanya Nadirah,kakak kepada Cuib.
'Dah nak lewat malam dah ni'
'Ala kak.Akak apa tahu.Ni kerja lelaki la.' rungut Cuib.

Cuib dan Nadirah yang tinggal di sebuah rumah yang terletak di hujung kampung.Mereka tinggal bersama dengan ayah mereka sejak dua tahun yang lalu selepas kematian ibu mereka disebabkan menghidapi kanser payudara.Kehidupan merekas sangat daif.Ayah mereka yang hanya memperoleh pendapatan daripada hasil penangkapan ikan laut,selalunya akan balik pada pada waktu subuh.Begitulah rutin kehidupan bapa mereka seharian.Nadirah pula seorang gadis yang tua setahun dari Ahmad dan Mahmud.Dia tidak dapat melanjutkan pelajarannya disebabkan masalah kewangan.Dia membantu ayahnya mencari rezeki dengan menjual kuih-muih dan menaruh harapan besar kepada adiknya yang muda setahun untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.Cuib merupakan seorang remaja yang sebaya dengan Ahmada dan Mahmud.Cuib seorang remaja yang kurang berakhlak.

'Wei Cuib,kau tahu tak,yang ustz Amirun tu dah meninggal'  kata Fathi,sebaik saja Cuib sampai di 'port' yang mereka jadikan tempat buat dosa.

'Betul ka?.Hahaha.Padan muka diorang.Tu la,nak jadi baik sangat.haha'  sindir Cuib.

Pada malam itu,Cuib dan dua lagi rakannya Fathi dan Basyir menjalankan kegitan mereka yang terkutuk itu.Begitula yang berlaku setiap malam dan mereka akan pulang ke rumah sebelum subuh dikhuatiri diketahui oleh ibu bapa mereka.

'wei,aku dah tak duit ni' kata Cuib.

'Ala,cuba kau minta dekat kakak kau,Nadirah,pasti dia bagi punya.'  kata basyir.

'Memang la dia akan bagi tapi,sekarang jualan kuih dia tu dah macam tak laku.Ikan pula,macam tahu-tahu ja,yang ayah hendak tangkap diorang.'  keluh Cuib.

'Tak pa,tu kami boleh fikirkan untuk kau,'no problem' punya,kan Fathi', 


'wah betul ka.kamu dua orang memang kawan sejati.aku sayang kamu dua'


'Tu la gunanya kawan' kata Fathi.

 Keheningan malam itu dipecahkan oleh gelak ketawa tiga sekawan.

Lepas kepenatan dari membuat dosa,mereka balik ke rumah masing-masing.Masing-masing memikirkan jalan untuk mecari duit.

'Ingat tau,dua hari lagi kita jumpa balik di 'port' yang sama.Jangan sampai orang lain tahu', Kata Cuib sebelum mereka bergerak pulang.



ps-perkara yang dilakukan oleh tiga sekawan adalah berjudi

Ahad, 10 Januari 2010

simpulan dua hati (eps 2)

'Mad,apa ko nak buat sementara nak tnggu result ni?.erm... klu aku,aku nak cari keja ckit,nak cari duit ckit.' kata Mahmud dengan penuh harapan.

'Tak tau la.Tp,aku dgr,aku dpt ikut PLKN.Rasa tak sabar plak nak pegi'

Pagi itu,mereka merasakan masa berlalu dgn lambat sekali.Selalunya,mereka akan pergi ke kelas,tak pun,mereka akan pergi ke perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran.Tp sejak peperiksaan berakhir,mereka menghabiskan masa ngan berborak

'Mad,Mud,kan elok klu kamu p beljar mengaji Quran dgn ustz Amirun,ustz yg baru pndh ke kampung kita tu.dia ada buat kelas ngaji Quran.pegi la.sekurang-kurangnya terisi masa kamu dgn benda berfaedah.' cadang mak Ahmad.

'Betul juga kata mak kau tu Mad.lgpun,tarikh ko nak mendaftarkan diri tuk PLKN tu lmbt lg.Apa kata kita pegi' ,sokong Mahmud.

'Boleh juga.Sok kita p.'

Sejak ari tu,mereka sering dilihat bersama ngan ustz Amirun.Hubungan mereka ngan ustz yg masih bujang semakin lama semakin rapat.

'Mud,petang ni kita p umah ustz meun.Katanya ada hal ckit nak bincang',beritahu Ahmad.

'nnti kita pegi lps mayang zohor'

Selesai shj menunaikan solat zohor,mereka bergegas ke rumah ustz Amirun.Sepanjang perjalanan,tak bnyk bnda yg dbualkan.Masing2 ligat berfikir meneka hal akan dibncgkan petang itu.dari kejauhan,mereka melihat kelibat ustz Amirun menantikan kedatangan mereka.Mereka disambut ngan senyuman.Mekipun,ustz Amirun merupakan org baru di kampung itu,beliau sgt disenangi oleh penduduk kampung.beliau yg berbadan kecil,sentiasa ceria.

'Jemputlah masuk',pelawa ustz Amirun

'duduk la dulu.ustz nak ke dapur kejap'

Tidak lama kemudian,ustz Amirun dtg ngan membawa susu madu dan sedikit kuih.Ahmad dan Mahmud yg sememangnya tak makan lg terus mencapai makanan ngan minuman sebaik shj ustz meletakkan di hadapan mereka.

'Mad,Mud,jgn gelojoh sgt.baca doa makan dulu.biar kita mkn ni sebagai satu ibadat kpd Allah', tegur ustz Amirun

Ahmad dan Mahmud saling berpandangan.Mereka sedar akan kesilapan mereka.Mereka tertunduk malu.

'ustz kata ada hal yg dibncg,nampak mcm penting ja', Ahamd cuba menukar topik.

ustz Amirun senyum mendgr soalan tersebut.Ahmad dan Mahmud semakin tertnya2.

'bukan penting sgt pun,sj nak bg sedikit pesanan sebab tak lama ustz terpaksa balik ke sekolah lama cikgu sebab kat sana kekurangan cikgu'.terang Ustz Amirun

Mereka terpegun.tak menyangka perkara seperti ini akan berlagu.kedua2 berhenti makan.

Melihat keadaan tersebut,ustz Amirun cuba menukar topik perbualan.

'Mad.ustz dgr kamu dpt menyertai PLKN.bila kamu akan bertolak ?'

'tiga hari lg' jwb Ahmad tak bermaya.Kuih yg berada di tgn tak lg di jamah.hanya diperhatikan saja.Begitu juga ngan Mahmud,selera makan telah hilang.

'kamu tak boleh mcm ni.ustz pergi pun tak bermakna kita tak akan bertemu lg.Mad ngan Mud kena tahu bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan.'

Sepi.

'Igt lg tak,pertemuan pertama kali kita,ustz ada ckp salah satu golongan yg akan mendapat syafaat Allah di akhirat kelak adalah dua lelaki yg bertemu krn Allah dan berpisah mereka pun krn Allah.'

'Igt ustz'. jwb Ahmad dan Mahmud serentak.

'Mad dan Mud sekarang dah besar.perlu berfikir secara kritis dan kreatif.Apabila mendapat sesuatu berita,jgn diterima bulat2 dan jgn pulak kamu tolak bulat2.selidik dulu.fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan,sama juga ketika kita ign berckp.Fikir dahulu buruk baiknya.Igt Mad,Mud,luka di badan kita boleh 'detect' lg tp luka di hati,hanya Allah saja yg tahu.jgn hubungan kita ngan Allah,manusia dan alam sekeliling kita ni', tegas ustz Amirun.

Petang tu,Ahmad dan Mahmud menghabiskan masa mereka di rumah ustz Amirun.Mereka bergerak balik ke umah masing2 selepas menunaikan solat asar secara berjemaah di rumah ustz Amirun.

'bila ustz nak gerak?' soal Mahmud

'esok'

'hah,cepatnya' kata Ahmad dan Mahumd serentak.

'Apa nak buat.ustz kena lapor diri awal pagi sok.mungkin lps subuh ustz dah gerak.jd ustz nak minta maaf bebnyk klu ustz ada buat silap dan salah.lg satu,kadang kala kita tak perasaan bahawa org yg berada di samping kita merupakan org yg kita sayangi'tambah ustz amirun.

kata2 ustz amirun membuatkan mereka tertnya2 mesej yg ign di sampaikan oleh ustz amirun.Petang itu,mereka balik dgn perasaan sedih.Harapan mereka,mudah-mudahan ustz selamat dlm perjalanan balik nnti.


'Mad! Mad! bgn Mad!. tu Mahmud nak jmpa ko kat bwh tu.cpt ckit.nmpk mcm ada hal pntg ja', bgtau Aminah.

Ahmad terus bgn dari tempat tidurnya.Dia melihat jam tangannya dah menunjukkan 9 pg.Selepas dia membasuh muka,dia bergegas turun ke bawah tuk bertemu ngan Mahmud

'Ada pa Mud? eh.. knp ngan ko ni? tnya Ahmad penuh ngan tanda tnya selepas melihat air mata mengalir laju di pipi Mahmud

'ustz Mad.ustz' kata Mahmud tersekat-sekat

'Knp ngan ustz? perasaan risau mula menyelubungi diri Ahmad.

'ustz terlibat ngan kemalangan'

Ahmad terkedu mndgr berita itu.Baru semalam mereka berbual mesra. Tanpa disedari mengalir manik2 panas di pipi Ahmad.

اِنّالِلَّهِ وَإنَّآإلَيه ِرجِعُونtu ja yg mampu diucapkan pada waktu itu.

bagaimanalah keadaan ustz Amirun sekarang?' terdetik di hati Ahmad ngan Mahmud tuk mengetahui keadaan ustz yg mereka sayangi.

*************

Jumaat, 8 Januari 2010

Simpulan dua hati (eps 1)

Selepas menunaikan solat isyak,kebiasaanya Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pak Mad akan memberi tazkirah.Begitulah yg selalu beliau akan lakukan jika beliau tidak ada hal.Selesai beliau memberi tazkirah,para jemaah mula bergerak ke rumah masing2 setelah bersalam-salaman.Tatkala Pak Mad berada di muka pintu,beliau ternampak dua kanak-kanak sedang bergaduh.

'Ish,sudah,sudah,jgn gaduh lg!' tegur Pak Mad. Melihat telatah dua kanak-kanak itu mengingatkan beliau kpd zmn silamnya.

'Ahmad kau nak ke mana itu.Ni minum petang dah siap ni' kata Aminah,mak Ahamd

'Nak pegi men bola' jwbnya ringkas sambil tergesa-gesa memakai kasut.Ahmad yg sememangnya terkenal di sekolah ngan gelaran ayam tambatan,merupakan seorang yg rendah diri meskipun berasal daripada keluaraga yg berada.Dia lebih suka mendiamkan diri drpd bnyk bercakap.Apabila org bertnya sepatah,dia akan menjawab sepatah.Ahmad merupakan anak tunggal kepada Aminah dan Abu.Mereka sgt menyayangi Ahamd meskipun Ahmad sebenarnya merupakan anak angkat mereka.Hal ini dirahsiakan drpd Ahmad yg ketika itu berada di tingaktan 5.

'Ahmad,cepatlah sikit.Kita dah lambat ni.Kawan2 yg len suma dah sampai' kata Mahmud,mendesak.

'Ala kejap la.tak nampak ka aku tgh pakai kasut ni' balas Ahmad.Mahmud merupakan kawan baik Ahmad sejak kecil lg.Mereka sentiasa bersama.Ada juga yg menggelar mereka ni kembar disebabkan rupa mereka hampir sama.Mahmud berasal dari keluarga yg miskin,namun disebabkan sikap Ahamd yg tidak sombong membuatkan Mahmud senang berkawan dengannya.Mereka juga mempunyai minat dan cita-cita yg sama.


'Mad,kau nak sambg belajar kat mana?kalau boleh aku nak ikut sekali.kan cita2 kita sama' tnya Mahmud disuatu petang yg hening.

'tak tau la Mud.harap2 dpt kat universiti yg kita ignkan tu.'

Petang itu,mereka pulang ke rumah masing2 tp berkata-kata.Masing2 melayani perasaan sendiri.

*********

Tinggal dua minggu sahaja lagi peperiksaan Sijil Penilian Malaysia(spm) bermula,Ahmad dan Mahmud masing-masing sibuk dengan mengulang kaji pelajaran hinggakan kedua-dua semakin jarang berjumpa.

'Mud,aku rasa kita kena buat study group la.Aku tak boleh belajar sorng2 ,bukan pa Mad,aku rasa bila aku baca,mcm rasa bnyk plak aku tak tau.' keluh Ahmad.

'Aku pun rasa begitu juga la Mad.pa kata mulai esok kita study sama2.mcm mana ok tak?' cadang Mahmud.

'elok juga tu.esok,kau datang umah aku pukul 9'

Peperiksaan hanya tinggal dua hari sahaja lg.Mahmud kerap kelihatan berada di rumah Ahamd untuk belajar bersama2.Ibu bapa Ahmad gembira dengan keadaan itu.Paling tidak pun,ada juga org teman anak tunggal meraka tu.

'wah,seronok la study ngan ko ni.rasa klu bulih exam tu dipercepatkan kan best' kata Ahmad bersemangat.

Mahmud hanya senyum mendengar kata2 kawan baiknya itu.Ada benar juga kata Ahmad tu,sblm ni,dia hanya belajar sorng2 ja,rasa mcm dah tau semua,tp bila ada study group ni,baru Mahmud mentyedari bahawa betapa pentingnya study group.

Tiba waktu peperiksaan yg dinantikan.Ahmad dan Mahmud kelihatan tenang menjawab soalan.Mereka lebih berkeyakinan ketika menjwb.Begitula yg berlaku sepanjang peperiksaan berlansung.Mereka juga tak lupa melakukan solat hajat setiap hari agar Allah akan mempermudahkan urusan mereka.


'Merdeka!Merdeka!Merdeka!'teriak Ahmad sebaik shj selesai menjwb paper yg last hingga membuatkan kawan2 dan cikgu2 yg berada di sekitar tersebut memandang ke arahnya.Ahmad tertunduk malu.Suma org memandangnya dengan senyuman.Sapa yg tak seronok,exam dah abis,lps ni boleh la rehatkan minda.

'Mad,klu ye pun,jgn la sampai nak teriak pula.' tegur Cikgu Hilal.

'Ni merdeka yg bukan hakiki.Mad kena igt tu.Perjalanan kita masih pnjg.Kemerdekaan yg sebenar apabila kita ni terlepas daripada azab api neraka nnti'.tambahnya lagi.

Ahmad terkedu mendengar kata2 cikgu yg sgt dia hormati.Cikgu yg selalu mengambil berat ngan suma pelajarnya hinggakan setiap kali ada masalah,cikgu hilal la yg menjadi org pertama yg akan dicari.Ahmad beristigfar.

Tiba2 satu pengumuman dibuat 'Perhatian kpd suma pelajar,anda diminta untuk berkumpul di dewan sekarang juga' . semua pelajar bergegas ke dewan dan kelihatan cikgu Hilal sedang bersembang dengan pengetua sekolah.

'Assalamualaikum.Wah nmpk ceria kamu suma ari ni ye'.kata cikgu Hilal selepas berckp ngan pengetua.

'Tujuan cikgu memanggil kamu suma di sini adalah untuk memberikan sedikit pesanan untuk kamu menghadapi kehidupan kamu seterusnya'.

Sepi.

'Berakhirnya peperiksaan ni tidak beerti berakhirnya perjuangan kita disini.Namun ia merupakan titik permulaan kita untuk menghadpi perjuangan yg lebih besar.Jika kita kalah pada hari ini,itu tidak bermakna kita akan kalah selama-lamanya.Dan pada mereka yg berjaya pula,igtlah kita bukan selama-lamanya berada di atas.Kita ini umpama banguanan yg saling menguat antara satu ngan yg len.Jika kawan kita ada masalah kita perlu membantu mereka.Jgan biarkan mereka dalam kesusahan.Igtlah,jika kita mempermudahkan urusan seseorg,insyallah,Allah akan mempermudahkan urusan kita.'terang cikgu Hilal ngan panjang lebarnya.

Selesai shj ucapan dr cikgu Hilal,mereka suma bersalaman.Ada yg menangis.Ada yg dulunya bising bertukar mnjd pndiam pada hari itu.Mereka pulang ke rumah masing2 dengan meninggalkan seribu kenangan di sekolah yg sgt mereka cintai.

*************