~putih itu bersih berseri~
Kakiku melangkah keluar,menuju ke rumah 'warung'din.Aku melihat kembali skrin telefonku,tertera
"ada perjumpaan pukul 7.30 nanti" .Aku melihat jam ditanganku,hampir menunjukkan pukul 7.25pm.Aku mempercepatkan langkah,khuatir lambat seperti perjumpaan dua hari lepas.
Sesampainya aku disana,kelihatan ramai orang.Suasana pun agak bising sedikit.Aku ingatkan dah mula,rupa-rupanya,mereka hanya duduk sahaja sambil menjamu selera di waktu malam di 'warung din' yang permai.Aku melihat jam tanganku.jarum baru sahaja sampai ke nombor 6.Nak kata aku lewat,aku ontime.Erm.....
Sambil2 aku menunggu,sempat juga mendengar perbualan yang diborakkan oleh bro-bro Jordanku.Hehehe.Aku bukan nak meyibuk tapi kot2 ada maklumat yang boleh diperoleh.Aku keluar menuju ke ruang dapur,dengan harapan aku bertemu dengan ketua pasukanku.Namun,bayangnya tidak kelihatan.
Selepas 20 minit berlalu,aku mengambil keputusan untuk menelefonnya dan aku dipahamkan dia dalam perjalanan menuju ke 'warung din'.Aku bersalaman dengannya,kemudian memberitahuku,bahawa malam tu,aku perlu memberi baju pasukan kepada ahli rumah.Aku senyum.Ingatkan ada mesyuarat.Hehehe.
Malam itu,aku melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan agak sedikit kekecewaan.Al-maklumlah,tak biasa buat kerja2 seperti ni.Kat sekolah dulu pun,bukan ada taklifan diberikan,sekadar ahli biasa.tapi,nasib baik aku ditemani oleh ketua pasukanku,selepas dia selesai bermesyuarat.Erm...
Selepas menunggu hampir 3 jam,baju berbaki lebih kurang 20 helai,bermakna,ada 20 orang lagi yang tidak mengambil.Erm...Sepanjang malam itu,aku asyik meng'komplen'(aduhai pa nak jadi ngan aku,tak bleh berubah langsung,duk meng'komplen ja).Hehehe.Mujurlah,ketua pasukanku tu seorang yang penyabar.Hehehe.Selesai sahaja,aku terus balik ke rumah.ketika itu,bantal n tilam sentiasa bermain di hadapan mata.hehehe.
Tepat kul 5.01am,henfon ku berbunyi.Macam malas ja nak jawab,dah la semalam tidur lewat (tak selewat ketua pasukanku),kena bangun awal pula.hehehe.Nak ja aku sambung tidur.Aku melawan hawa tidurku.Kuat sungguh tarikan magnet bantalku.Macam tak nak lepas ja.haha.Orang yang menelefonku bernama amer nasru,seorang teman yang sempoi.Dia kata,dia nak bajunya.hehe.Lebih kurang sejam lepas tu,dia sampai dirumahku,mengambil bajunya.
dipendekkan cerita....
Pagi itu,acara track pertama adalah 1500m terbuka.Aku bercadang pada awalnya,tidak ingin menyertai apa2 acara,namun,keinginan nak mencuba itu timbul.Lebih-lebih nak cuba melawan "jaguh" irbid.hehe.Namun,sayangnya,aku hanya mampu tempat ke-4.Lepas itu,rumah sukan terus beraksi cemerlang dengan membolot lima emas tuk acara padang.
Tuk acara,dalaman(ikut kata pengerusi majlis penutupan),kami hanya memenangi satu perak menerusi acara pingpong.Tepat pukul 5 pm.Acara tarik tali dimulakan.pasukanku yang pada ketika itu,kekurangan tenaga ahli terpaksa menggunakan ahli yang ada ketika itu sebaik mungkin.Bukan apa,kalau kami menang acara tarik tali,kami boleh juara keseluruhan dan alhamdulillah acara tersebut kami menangi dengan bantuan ilahi.
Piala pusingan diletak di warung din.Penat dalam kepuasan.Erm...malamnya aku terus tidur lepas sembahyang isyak.TAMAT>>>
gambar hiasan
credits to abubakar,mukmin,Amir nasru(sayang ko),amar adam,qatadah,bro jafni,bro rahmat,bro k,bro syidi,bro amin,team pingpong,team badminton,team bola tampar,kamal abdullah,bro azlan shah,bro rafie,bro zafri,amin n to all u