inginkan mati 'bergaya'

Rabu, 14 April 2010

Dis my limit.

Tanganku ligat menekan punat-punat kecil dihadapanku.Ingin meluahkan rasa di hati.Ingin melepaskan seksa di hati.Ahh...Ini la limitku.Aku dah tak tau apa lagi nak buat.Aku dah kekeringan ilmu.Tidak tahu apa yang harus dikata.Apa yang aku tahu,buat ni.Adushh.Tu yang tukar nama blog.haha.nak kata JeRniH,tak sesuai plak.

Aku melihat skrin besar dihadapanku.Cuba mencari kekuatan diri.Aduh,aku telah berubah.Bukan perubahan baik tapi perubahan yang...erm...entah lah.Aku berkesempatan menjengah blogku sndiri.Haha.Tak berubah.Tu yang mampu ungkapkan.Harap ja umur 19 tahun,bergelara mahasiswa,tapi ilmu tahap tu juga.

Nak mengeluh pun,dah tak larat dah.Pada sapa2 baca blog ni,minta maaf la.Aku dah berubah.Kalau dulu aku macam tu,macam ni,mungkin tu bukan diriku sebenar.kalau nak tahu aku.hah..mai jumpa aku.haha.Tapi kan,hari tu aku terdengar kata2 seorang syeikh(ya kot) membuatkan diriku bernyawa semula.Erm...Aku ni asyik duk harap orang ja.Sampai bila??

Aku termenung.Aku bukan diriku.Mungkin taliku denganNya hampir terputus.Aku melihat diri yang kerdil ni.Nak tahu aku ni orang yang macam mana,hah..baca blogku ni..haha.Dari penulisanku sebelum ni pun,orang dah boelh agak dah.kalau aku baca sendiri pun,aku dah boleh aku ni orang macam mana.haha.

k la.Sapa2 yang terjumpa blog ni....tak yah follow la.Tak penting pun...

Chaiyok,aku boleh,hehe.

Ahad, 11 April 2010

Aku dan 'mereka'

Seharian suntuk danial memerapkan diri di rumah.Tidak pergi ke mana-mana.Nak pergi ikut program,malas,ada kelas,terpaksa batal.Danial hanya menghadap komputernya.Seperti biasa,jari-jemarinya laju menaip punat-punat kecil dihadapannya.Sekadar tuk mengurangkan rasa kekosongan dalam diri.Entah mengapa,sejak dua tiga hari lalu,danial semakin berubah.

Danial mentutp matanya,menarik nafas dalam-dalam.Mencari ketenangan.lama juga danial mendiamkan diri.Danial membuka matanya.Melihat dihadapan komputernya,tertera kata-kata al fudhail yang dihantar oleh temannya,mukmin.Dia mengeluh panjang.Begitu mudah tuk mengucapkan sesuatu kata-kata tapi amat berat tuk melaksanakannya.Kenapa ya?Danial menutup matanya kembali.Mencari kekuatan yang entah bila akan datang.


Dia berpaling ke tepi katilnya.Kelihatan dua ekor hamstersnya sedang aktif,al-maklumlah,dah puas tidur sehari suntuk pada waktu pagi.Dia tersenyum."Lomok" dan "putih" la menjadi tempat dia berhibur.Bermain dengan dua ekor hamsternya menjadi suatu mesti dia lakukan.Sebagai pengisi masa lapang la kononnya.Dia tersenyum panjang.

Dia menarik nafas panjang,kemudian melihat jam di tangannya.Hampir menunjukkan pukul 8.30 pm,bermakna sekejap lagi akan masuk waktu isyak.Danial bangun menuju ke tandas,mengambil wuduk,bersiap tuk mengerjakan tuntutan fardu.

Sabtu, 10 April 2010

blogku=diriku

Sebelum ni,aku ada mengatakan bahawa blogku=diariku,tapi kali ni,aku mengatakan blogku=diriku.Kenapa?Dulu,masa aku kecik2 dulu,ada orang cakap,apa yang kita tulis menggambarkan perilaku diri kita.Sama la juga orang cakap,apa yg kita pmerkan secara zahir(akhlak) tu melambangkan tahap keimanan seseorang,tapi bukan semua orang la betul.Kadang2 nampak ja mcm baek,tpi hati kita mana lah tau.betul kan?

Di sini,aku bukan nak kata aku baek,hehe,cuma just nak berkongsi.Jadi,kalau aku terlebih atau terkurang,aku minta maaf bebanyak,sebab aku bukannya baek mcm hampa yang membaca blogku,mungkin hampa yang membaca blogku ni,lebih baek dariku,malah lebih 'mulia' di sisi tuhan yang maha pengasih.Aku bukan nak berceramah agama atau bercakap tentang agama,kerana aku bukan orang layak bercakap tentangnya.Kalau nak bercakap pasal agama,kunjungilah blog2 yang sepatutunya.

Apa yang kita tulis tu melambangkan sikap kita,betul ka?Ni statement yang pernah aku dengar.Erm...mungkin ada benarnya statement ni,dan mungkin ada salahnya.Jadi,nak ambk yang mana satu?Sejauh yang aku nampak,hampir 60% yang kita tulis akan menggambarkan diri kita.Sama ada kita matang,mcm budak3 lagi ka,walhal umur dah mencecah 45 tahun,atau diri kita ni seorang yg optimistik atau mcm2 lagi.Nak tahu betul atau tak,orng yang terdekat ngan penulis blog tu ja mengetahui lebih.

Aku?hehe.Aku rasa,aku ni masih lagi berada di tahap 'budak' n macm  orang yang suka 'cakap lebih'.ehehe.betul ka?kalau nak tahu tnyala orang yang berada dekat nganku.Diaorang tahu jawapannya.hehe.orang kata,orang lain yang nampak diri kita sebenar.Kita mana la tahu.


~gambar hiasan~


Aku pernah terdengar lagi,jangan kau pandang diri seseorang itu,tapi pandanglah kawan yang berada disampingnya,kerana kawannya itu 'cermin' kepada dirinya.Betul ka?erm..tak tau la nak kata.Mungkin betul kot.tak pa,aku cuba bg satu cnth nak bg senang paham,kalau satu rumah,ada 4 bilik,2 bilik kuat studi,yang lagi 2 orang suka main2,kalau 2orang yang kuat studi itu,kuat semangat,tak terpengaruh dengan 2 orang yang lain tu,insyallah,dua orang kawannya yang laro tu akan terikut jejak kawannya kuat belajar.betulka?erm..anda sendiri mempunyai jawapannya.hehe

Aku bukan nak bercerita panjang lebar,sebab nnti hampa suma bukan nak baca pun,haha.Bukan kecewa,atau bukan nak populiriti,tapi saja nak cakap.hehe.Apa2 pun,terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan hari sukan hari tu.Sekali lagi,saya ingin minta maaf,kalau ada salah silap.Sya budak baru belajar n arttikel ini tidak dituju kepada sesiapa pun.sapa makan bnyk dia lah kenyang.erm...


p/s- aku buat ni tuk mengisi masa lapang.hehe.time badan agak tak berapa 'sedap'.
Thnks tu,ilham,syafiq,my blog 'partner',danial kholili.hehe.
Dibuat pada waktu petang.Aduh...harap aku tabah....erm..

khas buat mej2,aku sayang hampa suma....
khas buat mep09,salam persahabatan...
khas buat students 'jordanians',salam ukhwah.... 

Jumaat, 9 April 2010

Putih itu suci,bersih dan berseri.....



~putih itu bersih berseri~

Kakiku melangkah keluar,menuju ke rumah 'warung'din.Aku melihat kembali skrin telefonku,tertera "ada perjumpaan pukul 7.30 nanti" .Aku melihat jam ditanganku,hampir menunjukkan pukul 7.25pm.Aku mempercepatkan langkah,khuatir lambat seperti perjumpaan dua hari lepas.

Sesampainya aku disana,kelihatan ramai orang.Suasana pun agak bising sedikit.Aku ingatkan dah mula,rupa-rupanya,mereka hanya duduk sahaja sambil menjamu selera di waktu malam di 'warung din' yang permai.Aku melihat jam tanganku.jarum baru sahaja sampai ke nombor 6.Nak kata aku lewat,aku ontime.Erm.....

Sambil2 aku menunggu,sempat juga mendengar perbualan yang diborakkan oleh bro-bro Jordanku.Hehehe.Aku bukan nak meyibuk tapi kot2 ada maklumat yang boleh diperoleh.Aku keluar menuju ke ruang dapur,dengan harapan aku bertemu dengan ketua pasukanku.Namun,bayangnya tidak kelihatan.

Selepas 20 minit berlalu,aku mengambil keputusan untuk menelefonnya dan aku dipahamkan dia dalam perjalanan menuju ke 'warung din'.Aku bersalaman dengannya,kemudian memberitahuku,bahawa malam tu,aku perlu memberi baju pasukan kepada ahli rumah.Aku senyum.Ingatkan ada mesyuarat.Hehehe.

Malam itu,aku melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan agak sedikit kekecewaan.Al-maklumlah,tak biasa buat kerja2 seperti ni.Kat sekolah dulu pun,bukan ada taklifan diberikan,sekadar ahli biasa.tapi,nasib baik aku ditemani oleh ketua pasukanku,selepas dia selesai bermesyuarat.Erm...

Selepas menunggu hampir 3 jam,baju berbaki lebih kurang 20 helai,bermakna,ada 20 orang lagi yang tidak mengambil.Erm...Sepanjang malam itu,aku asyik meng'komplen'(aduhai pa nak jadi ngan aku,tak bleh berubah langsung,duk meng'komplen ja).Hehehe.Mujurlah,ketua pasukanku tu seorang yang penyabar.Hehehe.Selesai sahaja,aku terus balik ke rumah.ketika itu,bantal n tilam sentiasa bermain  di hadapan mata.hehehe.

Tepat kul 5.01am,henfon ku berbunyi.Macam malas ja nak jawab,dah la semalam tidur lewat (tak selewat ketua pasukanku),kena bangun awal pula.hehehe.Nak ja aku sambung tidur.Aku melawan hawa tidurku.Kuat sungguh tarikan magnet bantalku.Macam tak nak lepas ja.haha.Orang yang menelefonku bernama amer nasru,seorang teman yang sempoi.Dia kata,dia nak bajunya.hehe.Lebih kurang sejam lepas tu,dia sampai dirumahku,mengambil bajunya.

dipendekkan cerita....


Pagi itu,acara track pertama adalah 1500m terbuka.Aku bercadang pada awalnya,tidak ingin menyertai apa2 acara,namun,keinginan nak mencuba itu timbul.Lebih-lebih nak cuba melawan "jaguh" irbid.hehe.Namun,sayangnya,aku hanya mampu tempat ke-4.Lepas itu,rumah sukan terus beraksi cemerlang dengan membolot lima emas tuk acara padang.

Tuk acara,dalaman(ikut kata pengerusi majlis penutupan),kami hanya memenangi satu perak menerusi acara pingpong.Tepat pukul 5 pm.Acara tarik tali dimulakan.pasukanku yang pada ketika itu,kekurangan tenaga ahli terpaksa menggunakan ahli yang ada ketika itu sebaik mungkin.Bukan apa,kalau kami menang acara tarik tali,kami boleh juara keseluruhan dan alhamdulillah acara tersebut kami menangi dengan bantuan ilahi.

Piala pusingan diletak di warung din.Penat dalam kepuasan.Erm...malamnya aku terus tidur lepas sembahyang isyak.TAMAT>>>


gambar hiasan
credits to abubakar,mukmin,Amir nasru(sayang ko),amar adam,qatadah,bro jafni,bro rahmat,bro k,bro syidi,bro amin,team pingpong,team badminton,team bola tampar,kamal abdullah,bro azlan shah,bro rafie,bro zafri,amin n to all u

Khamis, 8 April 2010

Rela ku mengundur diri

Aku termenung sendirian.
Cuba myelami keperitan,
Dalam meniti kehidupan,
yang penuh cabaran dugaan,
yang diselangi dengan tawa dan,
Tangisan,

Aku termenung sendirian,
Cuba merenungi kesilapan,
agar dapat ku 'ubatkan',
moga ia menjadi satu pengjaran.

Aku mengundur diri,
Darimu yang kusayangi,
Kerana terpaksa megembara,
membawa diri,
untuk berbakti kepada pertiwi...


ku menadah tangan,
agar di beri kekuatan,
dalam mengharunginya,
keseorangan,
SELAMAT TINGGAL TEMAN>>>n

khas buat Sazrin-(sk tun datu hj  mustapha- tahun 4-tahun 5)

Blogku,diariku

Pagi ni,Danial bangun agak lewat,selalunya,danial sempat subuh berjemaah di masjid.Danial menggosok matanya.Penat.Letih.Itu lah yang dirasakannya,ikutkan hatinya,nak saja dia sambung tidur,namun tanggungjawab sebagai seorang yang bergelar muslim full time menidakkan tindakan tersebut.Danial mencapai tualanya.Lagak jalannya tidak ubah seperti seorang yang baru belajar berjalan.

Seharian Danial menghabiskan masanya di dewan kuliah,kemudian balik ke rumah tuk menyipakan kertas kerja yang berlambak.Bagi dirinya,hidup sebagai perlajar sahaja tidak memadai,sesibuk mana pun,dia perlu ada kemahiran lain.Itu lah yang dipegangnya sejak di menjejak kaki di bumi Irbid ni.Danial membasuh mukanya,lalu menunaikan solat subuh.

Pagi itu,Danial kelihatan sedikit tidak bermaya.nak kata,dia buat kerja banyak tak juga,nak kata dia aktif bersukan pun tak juga.Cuma,mungkin,mindsetnya mengatakan dia penat.Sepanjang hari,Danial hanya mendiamkan diri.tidak berkata-kata.Malas.

habis sahaja kuliah,Danial bergegas balik ke rumah,menghadap komputernya.lalu menekan punat kecilnya.Pantas jari-jemarinya bergerak.Seolah-olah pantasnya mengalahi kepantasan seekor kuda.Selepas beberapa minit,Danial tersenyum panjang,mencapai suatu kepuasan yang orang lain tidak akan pahami...

tertera di skrin komputernya "Blogku,diariku".Dia membaca entry yang baru sahaj dipostnya dalam blognya itu.Blog=diari,setiap kali pulang dari jamiah,komputerla yang dihadapnya dulu.Dia rasakan suatu kepuasan di situ.Entah mengapa,suatu persoalan yang tidak berjawab.Dia menutup komputernya,lalu berlalu pergi.....

~ salam kemaafan buat teman perjuangan ku mindef,tak dapat membantu ~
~ manusia itu umpama musafir yang dalam perjalanan jauuh,berhenti ia disepohon pokok yang rendang(iaitu dunia) lalu ia leka dan lalai ia berehat disitu(perkara2 dunia),sehingga ia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yang kekal abadi)

Rabu, 7 April 2010

Aku telah jatuh cinta.....

Petang itu,Danial berjumpa dengan JeRniH.Ada hal yang ingin diberitahu kepada kawannya itu.Dia melihat jam ditangannya,jam hampir menujukkan pukul 10 pagi.

Danial :  Assalamualaikum.Pa kabar JeRniH?
JeRniH : walaikumsalam.alhamdulillah sihat.kenapa ko nak jmpa aku ni.mcm ada hal penting ja.
Danail : Sebenarnya aku telah jatuh hati.
JeRniH : oh yaka,sapa dia?
Danial : malu ahh...(sambil menutup mukanya)
JeRniH : Ish...kalau begini,baik tak yah jmpa.Aku da bnyk benda lagi nak buat....(smbil mencebik bibir)
Danial : ook2.aku bgtau.Dia ni kan buat aku sentiasa takut dan gemuruh,lepas tu dia semakin lama semakin
            hampir denganku,dan setiap detik itu membuatkan aku rasa mcm nak 'terkam' ja dia sekarang.
JeRniH : oh,sampai mcm tu sekali dia buat ko,sapa orang yang bertuah tu?
Danial : tp kan,aku dgr,ko dah 'dapat' dia. (sambil menggenggam buku limanya)
JeRniH : eh,apa yang ko merepek ni.(sambil memegang tangan Danial,cuba meredakan suasana)
Danial : ah! sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula!
JeRniH : Sabar,bawa istigfar,cuba bgtau aku,sapa nama orang tu.
Danial : Histology!
JeRniH : aik!!!!sapa?
Danial : takkan aku nak ulang dua kali.Histology!
JeRniH : kalau ko nak buat lawak,buat lain kali,exam dah dekat ni..(sambil menyekeh kepala danial)
Danial : Aduh!ala rileks la bro.Gurau sat pun tak boleh ka.hehehe.Lagipun,ko kan dah 'dapat dia"
JeRniH : Dapat apa?baca pun tak habis lagi.Aku ingat apa sudah tadi.hehehe

Mereka berdua ketawa 'besar' sampai  pelajar-perlajar arab di sekeliling melihat ke arah mereka,hairan.hehehe.

p/s -salam exam buat  semua teman dan sahabt ku(yarmouk n JUST)

'terkam' - mcm nak jawab time tu juga
'dapat' - kira mcm dah mashi ngan subjek tu