inginkan mati 'bergaya'

Isnin, 22 Februari 2010

Insan kerdil

        Segalanya bermula di sini.Aku merenungnya lama.Selama 12 tahun aku menghabiskan masa hidupku 


disini.


Alangkah seronoknya,jika masa dapat aku kembalikan.Airmatakubercucuran.Terkedu.Sedih.Kecewa.Perasaanku 


bercampur baur.Mengenangkan sejarah silamku bersamanya.Ya Allah,berkatilah dia.Mudah-mudahan,dia 


tergolong orang yang soleh.Aku bergerak pergi meninggalkan tempat tersebut.


         "min,jom pergi semayang jumaat" 


       "ala,kau ja la pergi.Malas la aku hendak pergi" jawabku malas.

Dia bergerak pergi meninggalkan aku sendirian.Kali ini,tiada pertengkaran yang berlaku.Selalunya,dia akan marah 


aku jika tidak pergi semayang jumaat.Mungkin disebabkan keadaan emak yang sakit.Tidak mahu mengganggu 


emak yang sedang tidur.Selalunya emak la juga yang akan berhentikan pertengkaran kami.


        "sudah la tu.Adik kau tu masih kecil.Tidak tahu apa-apa"
   
       " tapi mak...." azan berkumandang,dia tidak dapat meneruskan kata-katanya.Sepi.Begitulah yang selalu 


berlaku.Emak akan mem'back up" aku.Tapi hari ini,dia seolah-olah sudah berputus asa mengajakku.


**********************

         "min,nak main tak?"  tanyanya.
          
         "mestilah" kataku perlahan.

         "Ish,pergi tidur.Orang pergi semayang Jumaat,dia duduk dekat rumah.Orang tidak semayang Jumaat,tidak 

          boleh main "game","  kata abang sulungku.Aku tidak berkata-kata.Aku melihat ke arah dia.Dia hanya 

membisukan diri.Aku mengerti.Dia tidak membantah cakap abang sulung.Aku berlalu pergi,masuk ke dalam bilik.

Cuba melelapkan mata.Tidak dapat.Aku hendak main juga.Sedih.Mataku bergelinang dengan air mata.Bila-bila 

saja akan jatuh menyembah bumi.Bangun.Aku cuba melihat mereka main secara 'curi-curi'.Dapat tengok 

pun,cukuplah.Aku bergerak merapati dedaun pintu.Malangnya,abang sulung mendapati aku.Aku 

terkedu.Takut.Abang sulungku bergerak ke arah aku.

           " Aduh!" satu cubitan tepat mengenai lenganku. lantas aku kembali ke tempat tidurku.Kali ini,air mataku 

tidak lagi dapat aku bendung.Aku membiarkan mereka jatuh berderai.Sakit.Di ruang tamu,kedengaran dia dan 

abang sulung bertengkar.Aku membiarkan saja.Aku cuba melelapkan mata. 5 minit selepas itu,dia datang 

kepadaku.

           "min,pergi la main"  dia cuba memujukku.Aku tidak menjawab.Hanya irama tangisanku saja yang 

kedengaran.

           "nak main tak?" tanya lagi sambil cuba menarik bantal yang menutupi mukaku.Aku tetap tidak menjawab.

          " kalau kau tidak mahu main sekarang,jangan kau minta lagi ya lepas ni.Jangan harap dapat main lagi," 

ugut dia.Aku rasa serba salah.Akhirnya aku tetap juga pergi.Abang sulungku melihatku dengan pandangan 

tajamnya tanpa berkata apa-apa.Aku mengambil 'joystick' lalu bermain.Malam itu,aku tidur nyenyak.

***************************

            "min,kau nak ikut tak?"
     
            "pergi mana?" soalku.

           " ala,ikut je la", aku terus mengikutnya tanpa banyak soal.Juah juga perjalanan kami.Lebih kurang 20 

minit.Kami melawat salah seorang kawan sekolahnya.Mereka bercerita,bergelak senda,bermain game dan 

macam-macam lagi.Aku hanya mendiamkan diri.Seronok juga tengok gelagat mereka.Lebih-lebih lagi dapat 

makan coklat susu.Sedap.Kami balik selepas menunaikan solat asar secara berjemaah.


          "Kalau orang ambil air semayang,diorang sapu telinga dulu atau rambut dulu?" terpacul soalan itu 

dari mulutku.

          "Itu la,orang suruh ikut pergi semayang dekat masjid,tak nak" jawabnya sambil mengukir senyuman.

Aku tertunduk.Macam mana soalan itu boleh terkeluar dari mulutku? Sepanjang perjalanan,tidak banyak yang 

kami sembangkan.Penat.

***************

           "min,jom pergi hospital,teman mak" pinta emak.

Aku mengeluh.Malas hendak pergi tapi tetap kena pergi juga.Aku menggagahi diri.

Sejak dua minggu yang lalu,emak dan ayah sering keluar rumah.Tidak mengira waktu.Pelik aku dibuatnya tapi 

yang paling peliknya lagi,sepanjang dua minggu itu juga,aku langsung tidak pernah nampak dia.Aku hanya menuruti emakku.Walaupun 

rasa malas.Sepanjang perjalanan,ku lihat,emak kelihatan muram.Aku ingin bertanya tapi hatiku mengatakan 

jangan.Aku rasa serba salah.Sampai di hadapan hospital,emak bergegas membawaku masuk.Pelik.Aku 

dibawa ke wad kecemasan.Aku melihat sekujur tubuh yang aku kenali.Aku terkesima.

            "ABANG!" perkataan ini terkeluar dari mulutku.Terkedu.Tidak percaya.Dia berada di atas katil tersebut 

dalam keadaan yang menyedihkan.Selama ini,aku tidak pernah memanggilnya dengan gelaran tersebut.Air 

mataku turut mengalir dengan derasnya.

            "min,dah sampai ya.mari dekat dengan abang sikit" pintanya dengan suara yang tersekat-sekat.

            "Abang minta maaf ya min,kalau abang ada buat salah.Nanti jangan nakal-nakal.Jaga emak ayah elok-

elok.Lagi satu,jaga semayang", aku hanya mengangguk.Aku terus berlari keluar.Emak menyusuliku.

            "Apa yang terjadi dengan abang? Kenapa emak tidak beritahu min?" Emak hanya mendiamkan diri 

seperti ada sesuatu yang cuba dirahsiakan.Aku mendesak ingin mengetahui.Namun tiada jawapan yang aku 

terima melainkan kata-kata nasihat.

************************

            "Min,jom balik.Hari dah hendak hujan" kata emakku.Aku menuruti.Hampir 13 tahun perkara itu telah 

berlaku,namun sukar untuk aku lupakan.Mana tidaknya,abang meninggal disebabkan dilanggar selepas membeli 

hadiah hari jadiku.Perit.Ya,itulah ungkapan yang aku boleh gunakan.Namun,aku redha.Ia telah mengubah 

hidupku.Air mataku mengalir untuk ke sekian kalinya.

"setiap yang hidup itu pasti akan merasai kematian"


Selasa, 16 Februari 2010

simpulan dua hati (eps 6)

'Mad,lepas jumpa kawan Mad tu,balik terus ke rumah ya' 
'Baik mak' jawab Ahmad ringkas.


Perjalanan ke bandar yang mengambil masa setengah jam tidak disia-siakan Ahmad.Dia membaca buku yang baru sahaja dipinjamnya dari perpustakaan semalam.Semenjak balik dari PLKN,Ahmad merasakan perlunya dia memajukan diri dalam semua aspek.


'Biar kita mahir dalam bidang yang kita ceburi tapi dalam masa yang sama kita juga mahir dalam bidang lain.Hal ini penting supaya kita tidak mudah ditipu dan barulah kita akan merasakan bahawa kerdilnya diri ini,' kata-kata Ustaz Amirun yang masih segar berlegar-legar dalam ingatan.


Sampainya di bandar,Ahmad pergi ke tempat yang dijanjikan.Dia melihat jam tangannya.
'Nampaknya,awal lagi ini,' bisik hati kecilnya.Ahmad menunggu orang yang menggelarkan dirinya sebagai Hj Mukmin sambil membaca buku.15 minit telah pun berlalu,namun kelibat orang yang ditunggu belum lagi muncul.Ahmad merasakan diri macam dipermainkan.


'Mungkin dia terlibat dengan kesesakan lalu lintas,' Ahmad cuba memujuk dirinya.10 minit kemudian,telefonnya berbunyi.Dia melihat nombor di kaca telefonnya,nombor baru.


'Assalamualaikum,' terdengar suara sorang lelaki.Agak garau.
'Walaikumsalam,' 
'Adik ada dekat mana sekarang ni?
'dekat Restoran Bisto'
'Oh,sudah sampai la.Pak cik ingatkan Ahmad tidak sampai lagi.Adik guna baju warna apa?'


'Macam mana dia boleh tahu nama dan nombor telefonku tapi,tidak mengetahui rupa parasku? Siapa dia?' Ahmad semakin tertanya-tanya.


'warna ungu belang hitam'
'oh,adik sedang pegang buku kan' mendapatkan kepastian
'ya'


Perbualan ditamatkan.Tidak lama selepas itu,datang seorang lelaki dalam lingkungan umur 50-an ke arah Ahmad lalu memberi salam.


'Pak cik ni,Hj mukmin?'
'ya.Pak cik minta maaf la kalau mengganggu adik'
'ehh,tak ada la'
'jom kita minum dulu.Nanti pak cik ceritakan'


Ahmad tidak dapat menolak pelawaan Hj Mukmin.Dia menuruti.


'Ahmad mungkin tertanya-tanya kan,macam mana Pak cik tahu tempat tinggal,nombor telefon Ahmad kan' Hj Mukmin seperti dapat meneka apa yang tersirat di dalam hati Ahmad.Kemudian,Hj Mukmin pun menceritakan apa yang telah berlaku.


Ahmad tergamam.Tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.Ahmad diam seribu bahasa.


'Pak cik rasa,Ahmad kena jumpa dengan Mahmud secepat mungkin.Bantu dia dapat ingatannya semula,' cadang Hj Mukmin


'Insyallah Pak cik.Lusa nanti saya pergi ke rumah pak cik'


Pertemuan mereka hanya setakat itu sahaja.Kemudian mereka balik ke rumah masing-masing.
Ahmad tidak menyangka hal sedemikian boleh berlaku terhadap sahabat yang sangat dikasihinya.Ahmad tidak bercadang memberitahu perkara tersebut kepada ibu bapa Mahmud.Risau nanti keadaan menjadi lebih haru-biru.


'Ya Allah,Engkaulah yang maha Berkuasa,Engkau sembuhkan la ingatan sahabatku kembali'  Tanpa disedari,air mata Ahmad bercucuran.






gambar hiasan

Ahad, 14 Februari 2010

ziarah syria (part 1)

Selama empat hari tiga malam aku berada di Syria bersama dengan teman-temanku yang lain.Perjalanan kami yang sepatutnya bertolak pukul 7 pagi terpaksa dilewatkan sedikit disebabkan masalah tertentu.Terima kasih kepada Ustz Baha kerana menolong kami mendapatkan pengangkutan untuk pergi ke Syria.Walaupun ada sedikit masalah tapi alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan baiknya.

Perjalanan aku kali ini,bukan sahaja bersama dengan teman-teman dari Jordan tapi bersama dengan teman-teman yang 'berpangkat' abang dan kakak dari mesir.Mereka sampai dua hari sebelum hari bertolak ke Syria.Mereka sempat melawat sekitar Jordan.

Perjalanan kami ke Syria bukan la se'smooth' yang di sangkakan tertutamanya 'servis'(sejenis kenderaan yang digunakan untuk bergerak ke suatu tempat ke tempat yang lain yang mana tempatnya telah ditetapkan) yang saya naiki bersama dengan dua orang teman saya yang lain iaitu Ammar dan Khairi.Saya masih ingat lagi ketika berada di perhentian stesen bas Amman,pemandu 'servis' ada berkata sesuatu tapi kami tidak mendengar butir yang diucapkan secara jelas.Jadi kami pun buat kepala keluar dari servis pergi ikut dia.Kononnya.pemandu suruh ikut dia,kami pun ikut la dia.Haha.dipendekan cerita,pemandu tu bukan suruh ikut dia tapi dia just nak beritahu yang dia hendak buat sikit 'hal' dia sebagai pemandu.Kami masuk ke dalam perut 'servis' dalam keadaan yang agak sedikit malu.hehe.masih sanaafir.


Perjalanan diteruskan.Ketika itu,perjalanan ke hudud agak lama.Sempat untuk Amar dan Khairi melelapkan mata.Apa tidaknya,dengan alunan bacaan Al-Quran yang merdu,membuatkan kepala yang sememangnya sudah mengantuk,'mati sekejap'.Aku yang masih lagi dapat menggagahi diri untuk terus berjaga melihat pemandangan sepanjang perjalanan.Cantik.Aku tidak mahu melepaskan peluang seperti ini.Bagi aku,biar lah aku penat,asalkan aku dapat menikmati pemandangan Allah ciptakan.

Selepas lebih kurang 40 minit,kami sampai ke bahagian hudud(sempadan).Polis atau askar memeriksa 'servis' kami.alhamdulillah,tiada masalah.walaupun,kami menghadapi sedikit masalah kerana tiada iqamah,namun,Allah membantu kami ketika itu.Alhamdulillah.Kami dapat melepasi sempadan Jordan.

Hanya beberapa minit kemudian,kami sampai,ke sempadan Syria pula.Kat sini,tidak susah sangat berbanding dengan Jordan yang agak 'strict' sikit.Aku,amar dan Khairi merupakan orang yang terakhir sekali mendapakan cop kebenaran daripada pegawai yang bertugas kat sempadan Syria.sebenarnya,semasa kat sempada Syria pun ada juga sikit masalah yang dihadapi,namun masalah tersebut bukanlah berat sangat.

Selesai segala urusan disitu,kami meneruskan perjalanan mengikut apa yang telah dirancang(tidak tahu siapa yang rancang,kami ikut ja).Lepas ja 'boarder',kami menukar kenderaan.Kali ini,kami menaiki coaster dari Syria yang telah ditempas khas oleh seorang tour guide kami,yang bergelar Abu Hafs.Selama kami berada di syria,kami akan menggungakan coaster ni untuk melawat tempat-tempat yang bersejarah.Abu hafs menerangkan serba sedikit mengenai Syria.

Syria merupakan salah sebuah negara Shams,disini lah,makam-makam sahabat dikebumikan,tempat tinggal paderi yang bernama Buhaira dan macam-macam lagi yang saya akan ceritakan kemudian.Perjalanan kami pada hari pertama adalah melawat sekitar Busra.Salah satu mantiqah yang terdapat di Syria.Destinasi kami yang pertama ialah qal'ah(lupa nama qal'ah tu,hehe).Dekat qal'ah ini,terdapat juga muzium.Jadi kami pun mengambil kesempatan untuk melawatnya sekali.Di muzium tu,mereka ada menunjukkan serba sedikit mengenai pakaian,alatan dan adat orang arab(rasanya syria kot)(nantikan saya tunjukkan gambarnya).

Kemudiannya,kami dibawa mengelilingi qal'ah tersebut.Bentuk binaan qal'ah tersebut memang mengkagumkan.Bagaimanalah,mereka buat qal'ah tu.Siap ada dewan perhimpuanan.Menarik.Di situ gak,Dr Azmi,seorang senior daripada Jordan(senior saya la) berborak dengan orang pelancong dari Jepun.Aku tidak mengetahui sangat butir yang mereka bualkan.Sibuk dengan melihat patung-patung yang ada kat situ.Sempat juga kami mengambil gambar.Lupa pula hendak cerita mengenaik 'dewan perhimpunan'yang ada kat situ.dewan perhimpunan disitu sama dengan sebuah tempat teater selatan yang saya lawati di jerash Jordan.Orang bercakap tanpa menggunakan 'mic' tetapi suara mereka yang memeri ucapan jelas kedengaran dari bwh hingga lah ke tingkat atas tempat duduk.Ketika aku berada di tingkat atas tempat duduk,aku berjumpa dengan pelancogn Jepun yang baru sahaja berborak dengan Dr Azmi.Dia meminta aku menolong mengambil gambarnya.Aku pun berkenalan dengan dia,Namanya Yuko.Dia dah travel banyak tempat dan dia suka travel seorang.Senang katanyaAda benar katanya.Selepas itu kami meneruskan lawatan kami ke tempat mandi(tidak ingat siapa punya) dan tempat tidur anak perempuan raja Abdul Malik(minta maaf kalau silap,tidak berapa ingat da..)

Bersambung......

Ahad, 7 Februari 2010

'penyakit masa lalu'

     Hidup ini kadang kala diselubungi oleh kisah lampau,yang kadang kalanya diri ini menginginkan kehidupan seperti dahulu kala.Bermula daripada kehidupan yang serba susah,kemudian menaiki satu peringkat yang lebih baik daripada sebelumnya selepas berhempas pulas melawan badai dan mengagahi diri melalui jalan yang dipenuhi dengan onak dan duri.Itulah yang dinamakan kehidupan.Mempunyai halangan dalam mencapai sesuatu matlamat yang dikehendaki.

Kenapa ada halangan?

  Aku temui jawapannya sekadar untuk menyedapkan rasa di hati.Kenapa?sebabnya,aku dapat kepuasan.Jawapan yang ringkas kan.Kadang kala kita pun dah jemu dengar perkataan ini.Apa tidaknya,di sekolah,cikgu cakap berlajar sungguh-sungguh baru dapat 'result' cemerlang,balik ke rumah pun,ibu bapa cakap mengenai benda yang sama.Kenapa?Sebab,kita akan dapat KEPUASAN.Tapi sayangnya kita langsung tidak menyedarinya.Itu sebabnya,kalau kita lihat,ada orang menangis ketika dia mengetahui bahawa dia mendapat keputusan cemerlang.Kenapa?Kerana ketika itu,baru dia dapat merasai kepuasan daripada apa yang telah dicurahkan selama ni.Cuba lihat pada mereka yang dilabel 'genius' yang mendapat keputusan yang sama tapi mereka hanya meletakkan usaha yang sedikit,cuba lihat reaksi mereka.Mungkin berbeza.Mungkin mereka bernasib baik,cuba lihat reaksi mereka.Adakah mereka akan menangis?kalau ada,memang jarang didapati,tapi kebanyakannya,tidak akan menunjukkan reaksi sedemikian rupa.Kenapa?sebabnya mudah,kerana tidak mendapat kepuasan sepenuhnya daripada apa yang telah capai,kerana sikitnya halangan yan mereka lalui.

Adakah ini benar?

     Anda sendiri yang mengetahui jawapannya.Sama ada benar arau tidak,itu bukan 'pointnya'.Mungkin apabila anda membaca artikel ini,terdetik di hati anda,apa la orang ni merepek. Ya,saya mungkin merepek.

          Ada orang cuba mengejar lautan emas,pangkat tinggi mencakar langit,pengaruh sedalam gaung,tapi,mereka masih tidak berhenti untuk mendapatkannya walaupun sudah dilabelkan sebagai orang ternama.Kenapa?
Jawapannya senang sahaja,mereka masih tidak puas.Jawapan yang pendek bukan tapi sangat besar kesannya.

         Ada orang yang sentiasa tidak puas dalam menuntut ilmunya sehingga kadang kala,mengatakan diri mereka itu 'kurang ilmu' walhal,'cip' dalam otak mereka telah memuat berjuta-juta maklumat,ada pula yang mengatakn amal kebajikan masih sikit lagi,walhal dah berjuta ringgit,tenaga,masa yang telah dikorbankannya tapi kenapa mereka masih melakukannya?
Jawapannya tetap sama,sebab mereka tidak puas.

     Ada insan pula,yang cuba menggapai kedua-duanya.Mereka cuba mendapatkan sedaya yang mungkin.Kenapa?Sebabnya sama seperti sebelum ini,mereka inginkan kepuasan.Namun,adakah mereka,akan mendapat kan semua itu dengan sekelip mata,dengan menggoyang kaki,minum kopi di rumah,sudah tentu tidak.Ini kerana mereka mempuyai ilmu.Dengan ilmu mereka boleh menggapai keduanya sekaligus.Senangkah?

Hahaha.

  Cuba pandang ke langit biru yang luas tu.Anda rasa,senang tak nak ke atas sana jika kita tidak mempunyai pengangkutan udara.Tapi kena ingat,bukan semua ilmu ini bermanfaat kepada diri kita.Berdoalah kepada Allah,moga diri dilindungi daripada ilmu yang tidak berfaedah.

Jumaat, 5 Februari 2010

INSAN ISTIMEWA


    Hidupku kini telah berubah.Satu perubahan yang aku sendiri tidak pernah terfikir.Terima kasih emak,ayah,kamu telah banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar.Ya,memang aku sendiri akui,kehadiran kamu dalam hidup ini,tidak dapat aku nafikan.Kini,semuanya tinggal kenangan.Satu kenangan yang akan aku semat dihati buat selama-lamanya.
Air mata Sazrin mengalir laju.Tangannya pantas mengambil jag yang berisi air,lantas dia menyirami tanah yang berada di hadapannya.
“Rin,tidak elok tidur lepas asar,nanti boleh mewarisi penyakit gila” tegur Julia,ibu Sazrin.
“ala mak,mengantuk sangat ini.Lagipun,mak bukannya tidak tahu,sejak akhir ini,Rin kan sibuk dengan aktiviti persatuan” rungut Sazrin.
Memang Julia akui kata anaknya itu.Sejak melangkah kaki ke tingkatan lima,Sazrin kelihatan sibuk,apa tidaknya,Sazrin menjawat jawatan tinggi dalam persatuan yang disertainya.Risau juga Julia melihat karenah anak bongsunya itu.Julia membiarkan sahaja Sazrin meneruskan hajatnya.
“Lia,mana anak kita?” tanya Nazri,suami Julia,sebaik sahaja dia selesai menunaikan solat asar.
“ Dalam bilik dia.Tidur.” jawab Julia ringkas.
Sejak kematian anak kedua Nazri akibat penyakit Denggi ,Nazri sangat mengambil berat mengenai anak bongsunya,Sazrin.Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.Itulah sebabnya,dia kerap kali bertanyakan mengenai hal anak bongsunya itu.Anak sulungnya pula,telah pun berumah tangga.
“Lia,esok kita pergi Taman Esplanade Sidek.Kita buat rehlah ,” cadang Nazri.
“Bagus juga tu.Lagipun,esok,Sazrin tidak ada kelas tambahan,”
   Begitulah yang dilakukan oleh Nazri setiap hujung minggu.Meluangkan masa bersama keluarga meskipun banyak kerja yang perlu diselesaikan di pejabat.Bagi Nazri,keluarga umpama batu pertama,menawan dan tinggi nilainya.Namun,jika tidak dijaga dan digilap,akan hilang juga serinya
\.
**************
 “Abang,hujan dah nak turun,” beritahu Nadhirah,isteri Sazrin.
“Sayang,pergi dulu ya.Nanti abang datang,” kata Sazrin dengan nada tersekat-sekat.
Nadhirah berlalu pergi meninggalkan Sazrin keseorangan.
Sazrin termenung.Hatinya pilu,sedih,geram,menyesal dengan apa yang telah berlaku.
       Sazrin masih ingat lagi,ketika keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) diumumkan,dia hanya mendapat keputusan sekadar cukup makan sahaja.Sazrin ingatkan ibu bapa bapanya akan memarahi tetapi sebaliknya.Mereka memberinya kata nasihat dan semangat.Ketika itu,dia hanya mampu menangis tanpa irama.Menangis bukan disebabkan mendapat keputusan yang tidak cemerlang tetapi menangis kegembiraan kerana dikurniakan ibu bapa yang perihatin.
“Rin,kuatkan semangatmu,cekalkan hatimu,mungkin ada hikmah di sebalik kejadian,” nasihat Julia.
“Betul kata ibumu tu Rin.Kita perlu pandang ke hadapan.Perkara yang telah berlaku,kita jadikan sebagai iktibar,” tambah Nazri.
Ramai guru dan rakan Sazrin tidak menyangka dia akan mendapat keputusan sedemikian rupa.Sazrin pasrah.
    Sejak keputusan SPM diketahui,Sazrin jarang keluar rumah.Malu.Itulah perkataan yang sentiasa berlegar dikepalanya.Namun,ibu bapa mana yang gembira melihat anak mereka sedemikian rupa,berputus asa dalam kehidupan.Nazri dan Julia terus memberi kata galakan.Nazri memohon cuti untuk meluangkan masa lebih dengan anak bongsunya.Nasib baik la majikannya meluluskan.
 Nazri membawa anak bongsunya berjalan melawat rumah anak yatim.Sazrin hanya menuruti walaupun dia tidak mengetahui apa tujuan mereka datang ke rumah anak yatim.Sampai di sana,Sazrin melihat anak-anak yatim tersebut mampu tersenyum dan bersenda gurau sesama mereka.
“Rin,tujuan ayah bawa Rin ke sini adalah untuk melihat mereka yang telah kehilangan orang yang disayangi.Apa perasaan Rin,jika ayah dan ibu sudah tiada ketika Rin seumur dengan mereka berada di sini?”
Sazrin terkesima mendengar soalan yang ayahnya lontarkan.Lidahnya kelu.
“Tentu sedihkan tapi cuba Rin lihat mereka.Mampu ketawa dan bergembira.Ingat Rin,masa lampau jangan dijadikan sebagai ukuran.Setiap detik saat yang berlalu akan menjadi sejarah,”
 Bermula saat itu,Sazrin memasang azam baru untuk terus menggapai cita-citanya,menjadi seorang usahawan.Meskipun dia menyedari bahawa laluan yang akan ditempuhinya akan bersimpang-siur.

  ***************
”Abang,hujan dah turun,” beritahu Nadhirah mematikan lamunannya.Sazrin bergegas ke kereta.
“Dah tidur anak kita,sayang,” kata Sazrin sebaik sahaja melihat anaknya,Sahel nyenyak tidur
“Ya,penat agaknya,”
Penat!Ya.Itulah unggkapan yang aku gunakan ketika aku mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.Terpaksa mengikuti kursus,bengkel dan macam-macam lagi.Hampir sahaja aku mengalah.
“Rin,kau kena tabahkan diri kau Rin,” nasihat Julia ketika mereka menikmati minum petang.
“Rin mesti pernah mendengar pepatah inggeris ini ‘no pain no gain’ dekat sekolah.Hidup ini,makin besar dugaan,makin besar kepuasaan yang kita akan miliki jika dapat mencapainya.Dalam dunia ini,semua benda yang kita buat perlukan sabar.Banyakkan doa dan solat hajat moga Allah permudahkan urusan kita,” sambung Julia.
Siang malam,pagi petang,Sazrin sentiasa belajar mengenai dunia yang akan diceburinya.Dia perlu membuat persiapan sebaiknya.Kerjayanya ibarat peperangan.Sebelum bertempur,kita perlukan strategi,alatan senjata yang mencukupi untuk berperang.
Enam tahun kemudian,Sazrin berjaya membuka syarikat sendiri.Kini,dia telah mendapat apa yang diinginkannya.Namun,sikap Sazrin mulai berubah sejak berkawan dengan Kamal,seorang anak hartawan yang mengamalkan gaya hidup bebas.Perubahan Sazrin disedari oleh kedua ibu bapanya.Ibu bapanya cuba memberi nasihat kepadanya tetapi setiap kali ingin berjumpa,ada sahaja alasan yang diberikan oleh Sazrin.
Hinggalah suatu hari,Sazrin diculik ketika dalam perjalanan balik ke rumah.Ibu bapa Sazrin gempar dengan berita tersebut selepas pihak penculik menghubungi mereka meminta wang tebusan.


************

“Sayang,kita dah sampai rumah,” kejut Sazrin.
Sazrin masuk ke dalam rumah sambil membawa barangan dapur.Tiba-tiba,Nadhirah menjerit yang ketika itu masih lagi berada di luar rumah bersama anaknya.
Sazrin risau.Dia bergegas keluar bersama sepucuk parang di tangannya.
“Kenapa yang?” tanya Sazrin selepas melihat tiada sesiapa di situ melainkan mereka sekeluarga.
“Tikus bang,tikus!,” Sazrin ketawa melihat gelagat isterinya itu.
Jeritan isterinya itu mengingatkannya kembali ketika ibu bapanya memberi wang tebusan kepada penculik.
“Aku tidak akan bagi duit selagi kau tidak lepaskan anak aku!” kata Nazri
“Baik,saya akan lepaskan anak awak,jika awak beri jaminan tidak ada polis yang mengikori kamu”
“saya jamin!”tegas Nazri.
Sazrin dilepaskan,duit tebusan beralih tangan,anggota polis terus menyerbu penculik.Akibat panic,penculik tersebut melepaskan tembakan ke arah Sazrin,namun pantas Nazri melindunginya daripada tembakan tersebut.
“AYAH!!!!”
Sazrin segera memangku ayahnya yang berlumuran darah.Pihak polis pula menembak mati penculik ketika cuba melarikan diri.
“Ayah,maafkan Rin ayah.Rin,tahu,Rin dah buat salah.Ayah,jangan pergi ayah,” rintih Sazrin.
“Ayah dan ibu dah lama maafkan Rin,” kata ayah Sazrin dalam nada tersekat-sekat,menahan kesakitan.
Ayah Nazri di bawah ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Sazrin bertemu dengan ibunya di hospital.
“Mak,ampunkan Rin mak,” ucap Sazrin dalam tangisan sambil mencium tangan ibunya.
“Mak dan ayah dah lama ampunkan Rin,” ayat yang sama diucapkan membuatkan air mata Sazrin mengalir lebih laju.
Doktor keluar dari bilik pembedahan.Sazrin dan ibunya berdebar.Doktor hanya mendiamkan diri.Tandanya ayah Sazrin tidak dapat diselamatkan lagi.
“ALLAH” ucapan yang hanya mampu disebut oleh Julia sebelum jatuh rebah.
“Mak.Mak”  Sazrin cuba menyedarkan ibunya.
Doktor yang ketika itu berada di situ,memeriksa nadi pernafasan Julia.
Doktor menggeleng kepala.
“MAK!!!!”
Seminggu selepas kejadian tersebut,barulah Sazrin tahu,bahawa ibunya menghidap penyakit lemah jantung.Sepanjang itu juga,Sazrin terpaksa bercuti untuk menenangkan hatinya yang remuk sehinggalah dia bertemu dengan Nadhirah yang menjadi penyeri hidupnya.

*****************                   
“Abang tak nak tidur lagi k?Dah lewat malam dah ni,” tanya Nadhirah.
“Sayang tidur la dulu.Abang ada kerja sikit lagi hendak disiapkan,” Sazrin cuba memberi alasan.
                Nadhirah berlalu pergi,Sazrin kembali membelek gambar ketika dia kecil dahulu.Tanpa disedari,air matanya bergelingan.
Ya Allah,Engkau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku yang telah banyak berjasa kepadaku.Engkau tempatkan la mereka dalam golongan orang-orang yang solih.Amin..