Hidupku kini telah berubah.Satu perubahan yang aku sendiri tidak pernah terfikir.Terima kasih emak,ayah,kamu telah banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar.Ya,memang aku sendiri akui,kehadiran kamu dalam hidup ini,tidak dapat aku nafikan.Kini,semuanya tinggal kenangan.Satu kenangan yang akan aku semat dihati buat selama-lamanya.
Air mata Sazrin mengalir laju.Tangannya pantas mengambil jag yang berisi air,lantas dia menyirami tanah yang berada di hadapannya.
“Rin,tidak elok tidur lepas asar,nanti boleh mewarisi penyakit gila” tegur Julia,ibu Sazrin.
“ala mak,mengantuk sangat ini.Lagipun,mak bukannya tidak tahu,sejak akhir ini,Rin kan sibuk dengan aktiviti persatuan” rungut Sazrin.
Memang Julia akui kata anaknya itu.Sejak melangkah kaki ke tingkatan lima,Sazrin kelihatan sibuk,apa tidaknya,Sazrin menjawat jawatan tinggi dalam persatuan yang disertainya.Risau juga Julia melihat karenah anak bongsunya itu.Julia membiarkan sahaja Sazrin meneruskan hajatnya.
“Lia,mana anak kita?” tanya Nazri,suami Julia,sebaik sahaja dia selesai menunaikan solat asar.
“ Dalam bilik dia.Tidur.” jawab Julia ringkas.
Sejak kematian anak kedua Nazri akibat penyakit Denggi ,Nazri sangat mengambil berat mengenai anak bongsunya,Sazrin.Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.Itulah sebabnya,dia kerap kali bertanyakan mengenai hal anak bongsunya itu.Anak sulungnya pula,telah pun berumah tangga.
“Lia,esok kita pergi Taman Esplanade Sidek.Kita buat rehlah ,” cadang Nazri.
“Bagus juga tu.Lagipun,esok,Sazrin tidak ada kelas tambahan,”
Begitulah yang dilakukan oleh Nazri setiap hujung minggu.Meluangkan masa bersama keluarga meskipun banyak kerja yang perlu diselesaikan di pejabat.Bagi Nazri,keluarga umpama batu pertama,menawan dan tinggi nilainya.Namun,jika tidak dijaga dan digilap,akan hilang juga serinya
\.
“Abang,hujan dah nak turun,” beritahu Nadhirah,isteri Sazrin.
“Sayang,pergi dulu ya.Nanti abang datang,” kata Sazrin dengan nada tersekat-sekat.
Nadhirah berlalu pergi meninggalkan Sazrin keseorangan.
Sazrin termenung.Hatinya pilu,sedih,geram,menyesal dengan apa yang telah berlaku.
Sazrin masih ingat lagi,ketika keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) diumumkan,dia hanya mendapat keputusan sekadar cukup makan sahaja.Sazrin ingatkan ibu bapa bapanya akan memarahi tetapi sebaliknya.Mereka memberinya kata nasihat dan semangat.Ketika itu,dia hanya mampu menangis tanpa irama.Menangis bukan disebabkan mendapat keputusan yang tidak cemerlang tetapi menangis kegembiraan kerana dikurniakan ibu bapa yang perihatin.
“Rin,kuatkan semangatmu,cekalkan hatimu,mungkin ada hikmah di sebalik kejadian,” nasihat Julia.
“Betul kata ibumu tu Rin.Kita perlu pandang ke hadapan.Perkara yang telah berlaku,kita jadikan sebagai iktibar,” tambah Nazri.
Ramai guru dan rakan Sazrin tidak menyangka dia akan mendapat keputusan sedemikian rupa.Sazrin pasrah.
Sejak keputusan SPM diketahui,Sazrin jarang keluar rumah.Malu.Itulah perkataan yang sentiasa berlegar dikepalanya.Namun,ibu bapa mana yang gembira melihat anak mereka sedemikian rupa,berputus asa dalam kehidupan.Nazri dan Julia terus memberi kata galakan.Nazri memohon cuti untuk meluangkan masa lebih dengan anak bongsunya.Nasib baik la majikannya meluluskan.
Nazri membawa anak bongsunya berjalan melawat rumah anak yatim.Sazrin hanya menuruti walaupun dia tidak mengetahui apa tujuan mereka datang ke rumah anak yatim.Sampai di sana,Sazrin melihat anak-anak yatim tersebut mampu tersenyum dan bersenda gurau sesama mereka.
“Rin,tujuan ayah bawa Rin ke sini adalah untuk melihat mereka yang telah kehilangan orang yang disayangi.Apa perasaan Rin,jika ayah dan ibu sudah tiada ketika Rin seumur dengan mereka berada di sini?”
Sazrin terkesima mendengar soalan yang ayahnya lontarkan.Lidahnya kelu.
“Tentu sedihkan tapi cuba Rin lihat mereka.Mampu ketawa dan bergembira.Ingat Rin,masa lampau jangan dijadikan sebagai ukuran.Setiap detik saat yang berlalu akan menjadi sejarah,”
Bermula saat itu,Sazrin memasang azam baru untuk terus menggapai cita-citanya,menjadi seorang usahawan.Meskipun dia menyedari bahawa laluan yang akan ditempuhinya akan bersimpang-siur.
”Abang,hujan dah turun,” beritahu Nadhirah mematikan lamunannya.Sazrin bergegas ke kereta.
“Dah tidur anak kita,sayang,” kata Sazrin sebaik sahaja melihat anaknya,Sahel nyenyak tidur
“Ya,penat agaknya,”
Penat!Ya.Itulah unggkapan yang aku gunakan ketika aku mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.Terpaksa mengikuti kursus,bengkel dan macam-macam lagi.Hampir sahaja aku mengalah.
“Rin,kau kena tabahkan diri kau Rin,” nasihat Julia ketika mereka menikmati minum petang.
“Rin mesti pernah mendengar pepatah inggeris ini ‘no pain no gain’ dekat sekolah.Hidup ini,makin besar dugaan,makin besar kepuasaan yang kita akan miliki jika dapat mencapainya.Dalam dunia ini,semua benda yang kita buat perlukan sabar.Banyakkan doa dan solat hajat moga Allah permudahkan urusan kita,” sambung Julia.
Siang malam,pagi petang,Sazrin sentiasa belajar mengenai dunia yang akan diceburinya.Dia perlu membuat persiapan sebaiknya.Kerjayanya ibarat peperangan.Sebelum bertempur,kita perlukan strategi,alatan senjata yang mencukupi untuk berperang.
Enam tahun kemudian,Sazrin berjaya membuka syarikat sendiri.Kini,dia telah mendapat apa yang diinginkannya.Namun,sikap Sazrin mulai berubah sejak berkawan dengan Kamal,seorang anak hartawan yang mengamalkan gaya hidup bebas.Perubahan Sazrin disedari oleh kedua ibu bapanya.Ibu bapanya cuba memberi nasihat kepadanya tetapi setiap kali ingin berjumpa,ada sahaja alasan yang diberikan oleh Sazrin.
Hinggalah suatu hari,Sazrin diculik ketika dalam perjalanan balik ke rumah.Ibu bapa Sazrin gempar dengan berita tersebut selepas pihak penculik menghubungi mereka meminta wang tebusan.
************
“Sayang,kita dah sampai rumah,” kejut Sazrin.
Sazrin masuk ke dalam rumah sambil membawa barangan dapur.Tiba-tiba,Nadhirah menjerit yang ketika itu masih lagi berada di luar rumah bersama anaknya.
Sazrin risau.Dia bergegas keluar bersama sepucuk parang di tangannya.
“Kenapa yang?” tanya Sazrin selepas melihat tiada sesiapa di situ melainkan mereka sekeluarga.
“Tikus bang,tikus!,” Sazrin ketawa melihat gelagat isterinya itu.
Jeritan isterinya itu mengingatkannya kembali ketika ibu bapanya memberi wang tebusan kepada penculik.
“Aku tidak akan bagi duit selagi kau tidak lepaskan anak aku!” kata Nazri
“Baik,saya akan lepaskan anak awak,jika awak beri jaminan tidak ada polis yang mengikori kamu”
“saya jamin!”tegas Nazri.
Sazrin dilepaskan,duit tebusan beralih tangan,anggota polis terus menyerbu penculik.Akibat panic,penculik tersebut melepaskan tembakan ke arah Sazrin,namun pantas Nazri melindunginya daripada tembakan tersebut.
“AYAH!!!!”
Sazrin segera memangku ayahnya yang berlumuran darah.Pihak polis pula menembak mati penculik ketika cuba melarikan diri.
“Ayah,maafkan Rin ayah.Rin,tahu,Rin dah buat salah.Ayah,jangan pergi ayah,” rintih Sazrin.
“Ayah dan ibu dah lama maafkan Rin,” kata ayah Sazrin dalam nada tersekat-sekat,menahan kesakitan.
Ayah Nazri di bawah ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Sazrin bertemu dengan ibunya di hospital.
“Mak,ampunkan Rin mak,” ucap Sazrin dalam tangisan sambil mencium tangan ibunya.
“Mak dan ayah dah lama ampunkan Rin,” ayat yang sama diucapkan membuatkan air mata Sazrin mengalir lebih laju.
Doktor keluar dari bilik pembedahan.Sazrin dan ibunya berdebar.Doktor hanya mendiamkan diri.Tandanya ayah Sazrin tidak dapat diselamatkan lagi.
“ALLAH” ucapan yang hanya mampu disebut oleh Julia sebelum jatuh rebah.
“Mak.Mak” Sazrin cuba menyedarkan ibunya.
Doktor yang ketika itu berada di situ,memeriksa nadi pernafasan Julia.
Doktor menggeleng kepala.
“MAK!!!!”
Seminggu selepas kejadian tersebut,barulah Sazrin tahu,bahawa ibunya menghidap penyakit lemah jantung.Sepanjang itu juga,Sazrin terpaksa bercuti untuk menenangkan hatinya yang remuk sehinggalah dia bertemu dengan Nadhirah yang menjadi penyeri hidupnya.
“Abang tak nak tidur lagi k?Dah lewat malam dah ni,” tanya Nadhirah.
“Sayang tidur la dulu.Abang ada kerja sikit lagi hendak disiapkan,” Sazrin cuba memberi alasan.
Nadhirah berlalu pergi,Sazrin kembali membelek gambar ketika dia kecil dahulu.Tanpa disedari,air matanya bergelingan.
Ya Allah,Engkau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku yang telah banyak berjasa kepadaku.Engkau tempatkan la mereka dalam golongan orang-orang yang solih.Amin..