Aku telah berubah.Suatu perubahan yang jika diketahui oleh mereka mengenaliku,pasti mereka tidak akan percaya.Mungkin ada antara akan terkejut,atau mungkin juga,mereka kata itu satu pembohongan.Erm....Aku masih lagi mencari 'identiti' diriku yang sebenar.Aku tidak peduli apa orang kata kat aku,tapi kadang kala,aku rasa,aku telah mencapai tahap 'maksima' ku.Apa lagi yang aku boleh buat?
Abu bakar termenung.Dia sudah tidak dapat lagi mengeluarkan kata-kata.Lebih-lebih sejak dia kehilangan orang yang dicintainya secara senyap-senyap.Dia kini menjadi lebih pendiam.Orang sekelilingnya juga seperti tidak menyedari akan perubahannya itu.Manik-manik putih bercucuran di pipinya.Dia sudah berputus asa dengan kehidupan yang penuh dengan cabaran.
Dari kejauhan,sepasang mata ligat memerhati gelagat abu bakar.Abu bakar yang sibuk melayan perasaan sedihnya,tidak menyedari kedatangan orang tersebut.
"assalamulaikum sadis"
"walaikumsalam" jawab abu bakar sambil cepat-cepat dia mengesat air matanya.Namun,matanya yang merah menyala tetap tidak dapat menyembunyikan 'bekas tangisannya" itu.
"oh Danial.Ingatkan sapa tadi."
"Kenapa sadis,ada masalah ka?"
Abu bakar tunduk.Membiarkan soalan itu tanpa jawapan.
"
kenapa ni?,kalau kau da masalah,bagitau ja.Insyallah,kalau aku dapat bantu,aku usahakannya" danial mendesak.
Nak tak nak,abu bakar pun menceritakan masalahnya yang bermula a hinggalah z.suma dibagitaunya.Bermula hidupnya di sekolah menengah yang terkenal dengan kehebatan pencak silat yang dimilikinya.Sebut sahaja Sadis,nama gelarannya,pasti orang ramai berasa gerun dan takut.Abu bakar mendapat jolokan Sadis disebabkan perwatakannya.Dia kerap kali melakukan gejala vandilisme,asal saja,ada kecurian ka,atau apa sahaja,pasti Abu bakar yang menjadi suspek pertama.
Hidupnya terombang ambing,dengan keluarganya yang telah berpecah belah.membuatkan abu bakar mengambil pendirian untuk bersendirian.emknya kahwin lain setelah ayahnya meninggal dunia,membiarkan dia keseorangan yang ketika itu baru sahaja berumur 15 tahun.
Setiap kali diadakan mesyurat disiplin,pasti nama Abu Bakar akan menjadi salah satu topik perbincangan,dan setiap kali itu juga la,abu bakar akan dikenakan hukuman rotan atas kesalahan yang dilakukan,sehinggalah suatu hari dia bertemu dengan syafiq,seorang budak desa yang terdidik dengan didikan agama.Dia senang berkawan dengan syafiq.syafiq menjadi tempatnya berkongsi perasaan.Asal ada masalah pasti syafiq la orang pertamanya dicarinya.Dengan kehadiran syafiq,hidup telah berubah,mereka sering ke sekolah bersama-sama,bermain bersama dan macam-macam lagi akitviti mereka lakukan secara bersama.
Keputusan peperiksaan SPm diumumkan,abu bakar dan syafiq mendapat keputusan cemerlang dan keduanya dapat melanjutkan pelajaran ke timur tengah.Persahabatan mereka semakin akrab,sehinggalah dua minggu lepas,selepas syafiq disahkan meninggal dunia disebabkan penyakit kanser.Dia hilang tempat bergantung.Hatinya semakin terluka apabila dia mengetahui,bahawa gadis pilihannya telah berteman.Tangisan menjadi teman di kala malam.Tidurnya entah ke mana,pelajaran tergendala,fikirannya runsing,solat nya pun dah tak terjaga.Selalunya,dia kan ke masjid tuk sembahyang berjemaah,tapi sejak kehilangan sahabt sejati dan mengetahui bahawa gadis pilihannya telah berteman,dia memencilkan diri,dan hal itu disedari oleh danial.
Keputusan peperiksaan abu bakar tuk semester sangat memberangsang kan,tapi masuk semester kedua,prestasinya kian merosot.Dia hanya termangu di bilik keseorangan.Ada teman serumah tapi tak leh pakai langsung.
Selesai menceritakan masalahnya,Abu bakar berasa tenang sedikit.Danial duduk merapati Abu,cuba memberi nasihat,tapi danial sendiri tidak tahu untuk memulakan.
"sadis,hidup ini penuh suka dan duka.Setiap orang mempunyai jalan cerita yang berbeza tetapi mempunyai matalamat yang sama.cabaran dan dugaan dalam hidup ni,merupakan satu proses pematangan.kadang kala,musibah itu menjadi penyeri hidup kita.Ajal,rezeki dan jodoh bukan dalam kekuasaan kita.Kita hanya mampu berusaha,dan natijahnya,kita berserah kepada empunya tuk menentukannya.kaum hawa ni,bukan ada dia seorang.Jangan biarkan syaitan dan nafsu mengusai diri kita."
Abu bakar diam mendengar.Dia merasakan,Allah telah mempertemukannya 'syafiq' versi ke dua.Azan magrib berkumandang.Mereka bergerak ke masjid.Abu bakar mengerti,bahawa kehidupan didunia bukan tuk di suka suki tapi tuk bercucuk tanam tuk alam yang kekal abadi.....
credits to sadis,abu bakar,danial.........