inginkan mati 'bergaya'
Memaparkan catatan dengan label luahan hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label luahan hati. Papar semua catatan

Rabu, 14 April 2010

Dis my limit.

Tanganku ligat menekan punat-punat kecil dihadapanku.Ingin meluahkan rasa di hati.Ingin melepaskan seksa di hati.Ahh...Ini la limitku.Aku dah tak tau apa lagi nak buat.Aku dah kekeringan ilmu.Tidak tahu apa yang harus dikata.Apa yang aku tahu,buat ni.Adushh.Tu yang tukar nama blog.haha.nak kata JeRniH,tak sesuai plak.

Aku melihat skrin besar dihadapanku.Cuba mencari kekuatan diri.Aduh,aku telah berubah.Bukan perubahan baik tapi perubahan yang...erm...entah lah.Aku berkesempatan menjengah blogku sndiri.Haha.Tak berubah.Tu yang mampu ungkapkan.Harap ja umur 19 tahun,bergelara mahasiswa,tapi ilmu tahap tu juga.

Nak mengeluh pun,dah tak larat dah.Pada sapa2 baca blog ni,minta maaf la.Aku dah berubah.Kalau dulu aku macam tu,macam ni,mungkin tu bukan diriku sebenar.kalau nak tahu aku.hah..mai jumpa aku.haha.Tapi kan,hari tu aku terdengar kata2 seorang syeikh(ya kot) membuatkan diriku bernyawa semula.Erm...Aku ni asyik duk harap orang ja.Sampai bila??

Aku termenung.Aku bukan diriku.Mungkin taliku denganNya hampir terputus.Aku melihat diri yang kerdil ni.Nak tahu aku ni orang yang macam mana,hah..baca blogku ni..haha.Dari penulisanku sebelum ni pun,orang dah boelh agak dah.kalau aku baca sendiri pun,aku dah boleh aku ni orang macam mana.haha.

k la.Sapa2 yang terjumpa blog ni....tak yah follow la.Tak penting pun...

Chaiyok,aku boleh,hehe.

Ahad, 11 April 2010

Aku dan 'mereka'

Seharian suntuk danial memerapkan diri di rumah.Tidak pergi ke mana-mana.Nak pergi ikut program,malas,ada kelas,terpaksa batal.Danial hanya menghadap komputernya.Seperti biasa,jari-jemarinya laju menaip punat-punat kecil dihadapannya.Sekadar tuk mengurangkan rasa kekosongan dalam diri.Entah mengapa,sejak dua tiga hari lalu,danial semakin berubah.

Danial mentutp matanya,menarik nafas dalam-dalam.Mencari ketenangan.lama juga danial mendiamkan diri.Danial membuka matanya.Melihat dihadapan komputernya,tertera kata-kata al fudhail yang dihantar oleh temannya,mukmin.Dia mengeluh panjang.Begitu mudah tuk mengucapkan sesuatu kata-kata tapi amat berat tuk melaksanakannya.Kenapa ya?Danial menutup matanya kembali.Mencari kekuatan yang entah bila akan datang.


Dia berpaling ke tepi katilnya.Kelihatan dua ekor hamstersnya sedang aktif,al-maklumlah,dah puas tidur sehari suntuk pada waktu pagi.Dia tersenyum."Lomok" dan "putih" la menjadi tempat dia berhibur.Bermain dengan dua ekor hamsternya menjadi suatu mesti dia lakukan.Sebagai pengisi masa lapang la kononnya.Dia tersenyum panjang.

Dia menarik nafas panjang,kemudian melihat jam di tangannya.Hampir menunjukkan pukul 8.30 pm,bermakna sekejap lagi akan masuk waktu isyak.Danial bangun menuju ke tandas,mengambil wuduk,bersiap tuk mengerjakan tuntutan fardu.

Sabtu, 10 April 2010

blogku=diriku

Sebelum ni,aku ada mengatakan bahawa blogku=diariku,tapi kali ni,aku mengatakan blogku=diriku.Kenapa?Dulu,masa aku kecik2 dulu,ada orang cakap,apa yang kita tulis menggambarkan perilaku diri kita.Sama la juga orang cakap,apa yg kita pmerkan secara zahir(akhlak) tu melambangkan tahap keimanan seseorang,tapi bukan semua orang la betul.Kadang2 nampak ja mcm baek,tpi hati kita mana lah tau.betul kan?

Di sini,aku bukan nak kata aku baek,hehe,cuma just nak berkongsi.Jadi,kalau aku terlebih atau terkurang,aku minta maaf bebanyak,sebab aku bukannya baek mcm hampa yang membaca blogku,mungkin hampa yang membaca blogku ni,lebih baek dariku,malah lebih 'mulia' di sisi tuhan yang maha pengasih.Aku bukan nak berceramah agama atau bercakap tentang agama,kerana aku bukan orang layak bercakap tentangnya.Kalau nak bercakap pasal agama,kunjungilah blog2 yang sepatutunya.

Apa yang kita tulis tu melambangkan sikap kita,betul ka?Ni statement yang pernah aku dengar.Erm...mungkin ada benarnya statement ni,dan mungkin ada salahnya.Jadi,nak ambk yang mana satu?Sejauh yang aku nampak,hampir 60% yang kita tulis akan menggambarkan diri kita.Sama ada kita matang,mcm budak3 lagi ka,walhal umur dah mencecah 45 tahun,atau diri kita ni seorang yg optimistik atau mcm2 lagi.Nak tahu betul atau tak,orng yang terdekat ngan penulis blog tu ja mengetahui lebih.

Aku?hehe.Aku rasa,aku ni masih lagi berada di tahap 'budak' n macm  orang yang suka 'cakap lebih'.ehehe.betul ka?kalau nak tahu tnyala orang yang berada dekat nganku.Diaorang tahu jawapannya.hehe.orang kata,orang lain yang nampak diri kita sebenar.Kita mana la tahu.


~gambar hiasan~


Aku pernah terdengar lagi,jangan kau pandang diri seseorang itu,tapi pandanglah kawan yang berada disampingnya,kerana kawannya itu 'cermin' kepada dirinya.Betul ka?erm..tak tau la nak kata.Mungkin betul kot.tak pa,aku cuba bg satu cnth nak bg senang paham,kalau satu rumah,ada 4 bilik,2 bilik kuat studi,yang lagi 2 orang suka main2,kalau 2orang yang kuat studi itu,kuat semangat,tak terpengaruh dengan 2 orang yang lain tu,insyallah,dua orang kawannya yang laro tu akan terikut jejak kawannya kuat belajar.betulka?erm..anda sendiri mempunyai jawapannya.hehe

Aku bukan nak bercerita panjang lebar,sebab nnti hampa suma bukan nak baca pun,haha.Bukan kecewa,atau bukan nak populiriti,tapi saja nak cakap.hehe.Apa2 pun,terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan hari sukan hari tu.Sekali lagi,saya ingin minta maaf,kalau ada salah silap.Sya budak baru belajar n arttikel ini tidak dituju kepada sesiapa pun.sapa makan bnyk dia lah kenyang.erm...


p/s- aku buat ni tuk mengisi masa lapang.hehe.time badan agak tak berapa 'sedap'.
Thnks tu,ilham,syafiq,my blog 'partner',danial kholili.hehe.
Dibuat pada waktu petang.Aduh...harap aku tabah....erm..

khas buat mej2,aku sayang hampa suma....
khas buat mep09,salam persahabatan...
khas buat students 'jordanians',salam ukhwah.... 

Jumaat, 9 April 2010

Putih itu suci,bersih dan berseri.....



~putih itu bersih berseri~

Kakiku melangkah keluar,menuju ke rumah 'warung'din.Aku melihat kembali skrin telefonku,tertera "ada perjumpaan pukul 7.30 nanti" .Aku melihat jam ditanganku,hampir menunjukkan pukul 7.25pm.Aku mempercepatkan langkah,khuatir lambat seperti perjumpaan dua hari lepas.

Sesampainya aku disana,kelihatan ramai orang.Suasana pun agak bising sedikit.Aku ingatkan dah mula,rupa-rupanya,mereka hanya duduk sahaja sambil menjamu selera di waktu malam di 'warung din' yang permai.Aku melihat jam tanganku.jarum baru sahaja sampai ke nombor 6.Nak kata aku lewat,aku ontime.Erm.....

Sambil2 aku menunggu,sempat juga mendengar perbualan yang diborakkan oleh bro-bro Jordanku.Hehehe.Aku bukan nak meyibuk tapi kot2 ada maklumat yang boleh diperoleh.Aku keluar menuju ke ruang dapur,dengan harapan aku bertemu dengan ketua pasukanku.Namun,bayangnya tidak kelihatan.

Selepas 20 minit berlalu,aku mengambil keputusan untuk menelefonnya dan aku dipahamkan dia dalam perjalanan menuju ke 'warung din'.Aku bersalaman dengannya,kemudian memberitahuku,bahawa malam tu,aku perlu memberi baju pasukan kepada ahli rumah.Aku senyum.Ingatkan ada mesyuarat.Hehehe.

Malam itu,aku melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan agak sedikit kekecewaan.Al-maklumlah,tak biasa buat kerja2 seperti ni.Kat sekolah dulu pun,bukan ada taklifan diberikan,sekadar ahli biasa.tapi,nasib baik aku ditemani oleh ketua pasukanku,selepas dia selesai bermesyuarat.Erm...

Selepas menunggu hampir 3 jam,baju berbaki lebih kurang 20 helai,bermakna,ada 20 orang lagi yang tidak mengambil.Erm...Sepanjang malam itu,aku asyik meng'komplen'(aduhai pa nak jadi ngan aku,tak bleh berubah langsung,duk meng'komplen ja).Hehehe.Mujurlah,ketua pasukanku tu seorang yang penyabar.Hehehe.Selesai sahaja,aku terus balik ke rumah.ketika itu,bantal n tilam sentiasa bermain  di hadapan mata.hehehe.

Tepat kul 5.01am,henfon ku berbunyi.Macam malas ja nak jawab,dah la semalam tidur lewat (tak selewat ketua pasukanku),kena bangun awal pula.hehehe.Nak ja aku sambung tidur.Aku melawan hawa tidurku.Kuat sungguh tarikan magnet bantalku.Macam tak nak lepas ja.haha.Orang yang menelefonku bernama amer nasru,seorang teman yang sempoi.Dia kata,dia nak bajunya.hehe.Lebih kurang sejam lepas tu,dia sampai dirumahku,mengambil bajunya.

dipendekkan cerita....


Pagi itu,acara track pertama adalah 1500m terbuka.Aku bercadang pada awalnya,tidak ingin menyertai apa2 acara,namun,keinginan nak mencuba itu timbul.Lebih-lebih nak cuba melawan "jaguh" irbid.hehe.Namun,sayangnya,aku hanya mampu tempat ke-4.Lepas itu,rumah sukan terus beraksi cemerlang dengan membolot lima emas tuk acara padang.

Tuk acara,dalaman(ikut kata pengerusi majlis penutupan),kami hanya memenangi satu perak menerusi acara pingpong.Tepat pukul 5 pm.Acara tarik tali dimulakan.pasukanku yang pada ketika itu,kekurangan tenaga ahli terpaksa menggunakan ahli yang ada ketika itu sebaik mungkin.Bukan apa,kalau kami menang acara tarik tali,kami boleh juara keseluruhan dan alhamdulillah acara tersebut kami menangi dengan bantuan ilahi.

Piala pusingan diletak di warung din.Penat dalam kepuasan.Erm...malamnya aku terus tidur lepas sembahyang isyak.TAMAT>>>


gambar hiasan
credits to abubakar,mukmin,Amir nasru(sayang ko),amar adam,qatadah,bro jafni,bro rahmat,bro k,bro syidi,bro amin,team pingpong,team badminton,team bola tampar,kamal abdullah,bro azlan shah,bro rafie,bro zafri,amin n to all u

Khamis, 8 April 2010

Rela ku mengundur diri

Aku termenung sendirian.
Cuba myelami keperitan,
Dalam meniti kehidupan,
yang penuh cabaran dugaan,
yang diselangi dengan tawa dan,
Tangisan,

Aku termenung sendirian,
Cuba merenungi kesilapan,
agar dapat ku 'ubatkan',
moga ia menjadi satu pengjaran.

Aku mengundur diri,
Darimu yang kusayangi,
Kerana terpaksa megembara,
membawa diri,
untuk berbakti kepada pertiwi...


ku menadah tangan,
agar di beri kekuatan,
dalam mengharunginya,
keseorangan,
SELAMAT TINGGAL TEMAN>>>n

khas buat Sazrin-(sk tun datu hj  mustapha- tahun 4-tahun 5)

Blogku,diariku

Pagi ni,Danial bangun agak lewat,selalunya,danial sempat subuh berjemaah di masjid.Danial menggosok matanya.Penat.Letih.Itu lah yang dirasakannya,ikutkan hatinya,nak saja dia sambung tidur,namun tanggungjawab sebagai seorang yang bergelar muslim full time menidakkan tindakan tersebut.Danial mencapai tualanya.Lagak jalannya tidak ubah seperti seorang yang baru belajar berjalan.

Seharian Danial menghabiskan masanya di dewan kuliah,kemudian balik ke rumah tuk menyipakan kertas kerja yang berlambak.Bagi dirinya,hidup sebagai perlajar sahaja tidak memadai,sesibuk mana pun,dia perlu ada kemahiran lain.Itu lah yang dipegangnya sejak di menjejak kaki di bumi Irbid ni.Danial membasuh mukanya,lalu menunaikan solat subuh.

Pagi itu,Danial kelihatan sedikit tidak bermaya.nak kata,dia buat kerja banyak tak juga,nak kata dia aktif bersukan pun tak juga.Cuma,mungkin,mindsetnya mengatakan dia penat.Sepanjang hari,Danial hanya mendiamkan diri.tidak berkata-kata.Malas.

habis sahaja kuliah,Danial bergegas balik ke rumah,menghadap komputernya.lalu menekan punat kecilnya.Pantas jari-jemarinya bergerak.Seolah-olah pantasnya mengalahi kepantasan seekor kuda.Selepas beberapa minit,Danial tersenyum panjang,mencapai suatu kepuasan yang orang lain tidak akan pahami...

tertera di skrin komputernya "Blogku,diariku".Dia membaca entry yang baru sahaj dipostnya dalam blognya itu.Blog=diari,setiap kali pulang dari jamiah,komputerla yang dihadapnya dulu.Dia rasakan suatu kepuasan di situ.Entah mengapa,suatu persoalan yang tidak berjawab.Dia menutup komputernya,lalu berlalu pergi.....

~ salam kemaafan buat teman perjuangan ku mindef,tak dapat membantu ~
~ manusia itu umpama musafir yang dalam perjalanan jauuh,berhenti ia disepohon pokok yang rendang(iaitu dunia) lalu ia leka dan lalai ia berehat disitu(perkara2 dunia),sehingga ia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yang kekal abadi)

Rabu, 7 April 2010

Aku telah jatuh cinta.....

Petang itu,Danial berjumpa dengan JeRniH.Ada hal yang ingin diberitahu kepada kawannya itu.Dia melihat jam ditangannya,jam hampir menujukkan pukul 10 pagi.

Danial :  Assalamualaikum.Pa kabar JeRniH?
JeRniH : walaikumsalam.alhamdulillah sihat.kenapa ko nak jmpa aku ni.mcm ada hal penting ja.
Danail : Sebenarnya aku telah jatuh hati.
JeRniH : oh yaka,sapa dia?
Danial : malu ahh...(sambil menutup mukanya)
JeRniH : Ish...kalau begini,baik tak yah jmpa.Aku da bnyk benda lagi nak buat....(smbil mencebik bibir)
Danial : ook2.aku bgtau.Dia ni kan buat aku sentiasa takut dan gemuruh,lepas tu dia semakin lama semakin
            hampir denganku,dan setiap detik itu membuatkan aku rasa mcm nak 'terkam' ja dia sekarang.
JeRniH : oh,sampai mcm tu sekali dia buat ko,sapa orang yang bertuah tu?
Danial : tp kan,aku dgr,ko dah 'dapat' dia. (sambil menggenggam buku limanya)
JeRniH : eh,apa yang ko merepek ni.(sambil memegang tangan Danial,cuba meredakan suasana)
Danial : ah! sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula!
JeRniH : Sabar,bawa istigfar,cuba bgtau aku,sapa nama orang tu.
Danial : Histology!
JeRniH : aik!!!!sapa?
Danial : takkan aku nak ulang dua kali.Histology!
JeRniH : kalau ko nak buat lawak,buat lain kali,exam dah dekat ni..(sambil menyekeh kepala danial)
Danial : Aduh!ala rileks la bro.Gurau sat pun tak boleh ka.hehehe.Lagipun,ko kan dah 'dapat dia"
JeRniH : Dapat apa?baca pun tak habis lagi.Aku ingat apa sudah tadi.hehehe

Mereka berdua ketawa 'besar' sampai  pelajar-perlajar arab di sekeliling melihat ke arah mereka,hairan.hehehe.

p/s -salam exam buat  semua teman dan sahabt ku(yarmouk n JUST)

'terkam' - mcm nak jawab time tu juga
'dapat' - kira mcm dah mashi ngan subjek tu

Berpijak pada bumi nyata....

Hari ni,aku ke jamiah seperti biasa tuk mengikuti kelas OC yang diajar oleh doktor yang paling di'sukai' oleh pelajar malaysia.Aku mengorak langkah ku bersama dengan Ilham Ilyani,kawan senegeriku.Kami bergerak dari rumah Ilham (atau lebih dikenali ngan Lan Sabah) selepas menunaikan solat zohor di rumah Lan.Kelas kami yang agak bermula agak lewat,memaksa aku dan Lan tuk menggagahi diri tuk ke Jamiah ketika matahari terpacak diatas kepala,tapi hari ni cuaca agak baek,tak la panas dan tak lah sejuk sangat.Bukan pa,aku yang berbadan agak kecil berbanding ngan teman2 lain memaksa ku tuk mengerah kan lagi 'semangat' tuk mengharungi kesejukan atau kepanasan yang tidak menentu.

Kami sampai ke dewan kuliah agak lewat.kelihatan doktor sedang mengatakan sesuatu.hehe.tak tau la pa yang dikatakannya.rasanya mesti pasal exam sebab exam kedua pun dah dekat.Selesai kuliah,aku bergegas balik kerana kerja.sepanjang dalam perjalanan,aku hanya termenung,memikirkan apa yang telah aku buat.Sejak kebelakangan ni,aku sedikit addicted ngan blog,tak tau kenapa,cumanya,banyak ja blog yang 'islamik'sekarang ni.Namun,aku tidak tahu kenapa,aku tetap rasa sesuatu kekurangan sesuatu.Aku sibuk mencarinya sekarang.....

Aku berpaling melihat ke luar tingkap,melihat pemandangan yang sama hampir 6 bulan.Aku?aku pun tetap sama,tidak ada perubahan,aku agak kecewa ngan diriku sendiri.(hehehe).Nak kata pengusaan bahasa arab ku dah bagus tak juga,masih di tahap yang sama ja.Pelajaran pun cukup2 makan ja.

Bergelar sebagai student medik memaksa diriku tuk berusaha lebih keras.Banyak benda yang perlu ku beri perhatian,sama ada penting atau tak penting.Kawan2 sekeliling aku pun dah makin cekap berbahasa arab terutamanya,dikalangan mereka yang 'best scorer"(agak jeles sedikit,hehe).

Bakal menjadi doktor,walaupun impian yang ku inginkan,namun itulah bakal ku usahakan sebaik mungkin.Kawan2 pun dah mula mendapat rentak menjadi seorang 'mahasiswa'.Aku tidak boleh ketinggalan.perlu lengkapkan diri sebaik mungkin.Aku ingat la kata2 seorang ust yang kukagumi,biar kita mahir dalam suma bidang tapi pakar dalam bidang kita sendiri.ya,ust tersebut telah membuktikan bahawa pa yang dicakapnya tidak mustahil kerana dia sendiri mahir dalam pelbagai bidang dan pakar dalam bidang yang diceburinya.Moga Allah terus memberi kekuatan kepadanya.Aku?...Aku perlu membesarkan langkah ku sedikit tuk mengejar teman ku dihadapan.

nak masuk ke dalam rumah perlu ada kunci,nak ambk duit kat atm perlu ada password,nak berjaya kena ada kunci juga.Apa dia?itulah usaha.Usaha umpama anak tangga tuk kita menuju ke tingkat seterusnya.takat ni dulu kot...sedkit penat..hehehe.


gambar hiasan
P/s -buat teman ku moga berjaya tuk exam seterusnya....dari ku JeRniH

Buatmu teman.....

Buatmu teman,

Yang selalu hidup disampingku,

menjadi benteng dan dinding buatku,

tuk menghadapi duri dan batu,

tanpamu,

ku rasakan diriku,

kekurangan sesuatu,

tanpamu,

,diriku boleh tersesat jauh,

dari mengenaliNya yang satu,

Ilmu,itulah gelaranmu,

moga aku mendapatmu,

sehingga ke akhir hayatku..........





gambar hiasan

Ahad, 4 April 2010

Hendak jadi kelawar atau nak jadi hamster?

Aku baru sahaja singgah di rumah Danial,walaupun agak sibuk dengan exam anatomy yang ber'langsung; esok hari.Namun itu tidak mematahkan semngat untuk menyinggah ke rumah bait saadun.Sampai di sana,aku terus masuk ke bilik Danial untuk bertemu dengan "mereka".Namun agak mengecewakan,"mereka" masih tidur ketika itu.Hehe.

Sementara menunggu "mereka" untuk bangun,aku bercadang untuk mengulang kaji sedikit pelajaran sebagai bekalan di esok hari.Meskipun begitu,tumpuan ku tetap kepada 'mereka'.Tidak lama kemudian,selang beberapa minit,ku melihat 'mereka' kelihatan aktif bergerak.Hehe.Comel la juga.Dah dengan 'bulu' mereka yang agak lebat.Aku ingin memiliki 'mereka' juga,cumanya aku lebih menyukai jika aku memiliki 'musuh' 'mereka' tapi rasanya tidak dapat kot,sebab ada 'monster' tidak suka.Erm....

Aku mengambil salah satu daripada 'mereka' tuk bermain bersama,namun sayangnya,kehadiran ku kelihatan seperti pemangsa yang ingin menerkam mangsanya.'dia' tu kelihatan seperti takut,sempat juga dia 'memberi hadiah' kepadaku dalam bentuk 'solid' bewarna putih.Fuhh.Terima kasih la.

Kadang-kadang,aku merasakan 'bercakap','bermain' dengan 'mereka' agak seronok berbanding dengan 'mereka' yang lain.Kenapa?aku sendiri pun tidak tahu.Walaupun ada sedikit miscomunication antara aku dan 'mereka' tapi aku seronok.terima kasih kepada Danial dan Bait Saadun.No racism in life,why?because u will be crtisim by other people.Huhu.Don't take it seriously,why?because i have to tell this early to avoid any racism.erm...how could that happened?think it by yourself.

Walaupun 'mereka' tidak berapa senang dengan kehadiranku,aku tak kisah,sebab aku tahu,aku perlu take time dengan mereka."mereka' tak kenal lagi aku,kalau depa kenal tak kan,depa nak 'gigit' aku.Kan..Comel,itulah gambaran yang aku boleh berikan kepada bentuk badan 'mereka'."mereka' ni aktif waktu malam,jadinya aku pun kena bersekang mata hingga lewat malam.huhu,but i don;t mind that,importantly,i have spent time with them,that's the point.

Walaupun ada orang kata aku dah 'habis' belajar anatomy,namun aku buat 'derd' je,sebab banyak benda lagi aku tak studi,bila kita macam tu,orng tak caya,mampus pegila.kalau dapat result bagus,mula la nak bg itu la,ini la,ahh,lantak lah.Itu mulut kau,kalau aku kata pun,bukan ada 'effect' pun,nanti 'effect' p kot lain,betui tak?(ala-ala cara percakapan ustzah yangku sayangi di sekolah menengah)

Thanks a lot to Danial and member of bait saadun for letting me to meet 'them',i'm glade
to have a 'conversation' with them.May Allay reward u all with blessful and succesful and other full lagi la.Say to no racism(maktub fi game fifa 2009).


P/s- ikut trend zaman sekarang dah......

Sabtu, 3 April 2010

kawan atau lawan?

Assalamualaikum w.b.t.


Kali ni,saya cuba mengetengahkan suatu perkongisan (kepada yang tiba2 tergerak nak bc blog ni la),tapi sebelum itu,saya just nak bgtau method saya menulis dalam blog yang tak seberapa ni.Pertamanya,saya akan meyelitkan satu cerita atau apa2 sahaja seangkatan dengannya,samada kisah benar yang telah diedit atau cerita rekaan semata-mata.Keduanya,saya cuba menyertakan cerita tersebut dengan  kehidupan seharian samada secara pendapat saya,puisi (kot) dan lain2.Jadi enjoy ur reading,if not,ur are pleased to go another blog.


Malam itu,danial sukar untuk menelaah pelajarannya,buku anatomy dihadapannya hanya ditatapnya sahaja.Mood belajarnya telah pun hilang.Dia termenung pangjang.Fikirannya melayang jauh mengenangkan nasib yang telah menimpa dirinya.Samada ketika berada di zaman kanak-kanaknya atau zaman remajanya.Dia mengeluh.Entah berapa kali,danial meinitiskan air matanya disebabkan mengimbau masa lampaunya.

Dia bergerak menuju ke arah meja belajarnya.Cuba mengambil ketenagan.Namun,bayangan masa silamnya semakin menerjah otaknya.Sedih,rindu,kecewa,gembira,semua bercampur baur.Macam minuman koktil (sejenis minuman buah-buahan).hatinya semakin pedih,sakit.Dia mencapai komputer ribanya.Menekan punat 'on'.Kemudian terteta di hadapan komputernya,your computer failed to be started,please insert your cd to reinstallation.Perasaan danial bertambah geram.Hendak dihentak sahaja komputer dihadapannya itu.Hatinya sakit.Berulang kali dia mencuba untuk menghidupkan komputernya,namun keputusannya tetap sama.Dia merengus.

Hatinya semakin memberontak.Tambahan pula banyak maklmuat dan dokumen penting dalam komputernya lenyap macam itu sahaja.Tanganya menggapai al-quran dihadapannya tanpa diperintahkan oleh 'otaknya..Dia membelek al-quran dihadapannya,lalu membacanya.Selang beberapa ayat dibacanya,hatinya menjadi sayu.Entah mengapa,tapi dia mendapat sedikit ketenangan.Dia kembali 'memberi nyawa' komputernya,namun statement itu tetap tertera di skrin komputernya.Meskipun begitu,hatinya  sudah tidak kisah.Dia tahu,setiap benda mempunyai 'limit' masing-masing.

Danial keluar mencari udara segar.Dia hanya mengikut sahaja kakinya ke mana tanpa mengetahui destinasi yang ingin dituju.Dalam siar-siarnya itu,dia bertemu dengan kawannya,Cuib D Luffy.Seorang yang sangat dia kenali.

"Dan,kau nak tgk cerita Onepiece tak?aku da anime yang terbaru" ajak Cuib.Danila hanya mengangguk tanpa mengeluarkan sepatah kata.Hampir 30 minit danial menghabiskan masanya bersama Cuib,kemudian dia meminta diri kerana ada hal perlu diselesaikan.Danial menuju ke rumah Bait Ninja.

Bertemu dengan ahli bait Ninja sedikit sebanyak memberi semangat baru kepada dirinya.Meskipun nilai yang naik itu 0,01%.Dipendekkan cerita,danial berbual,bermain,belajar dan sembahyang berjemaah dengan ahli bait ninja.Dia sangat bersyukur kerana Allah mempertemukan dia dengan ahli Bait Ninja.

~ kehidupan tidak lekang dengan cubaan dan cabaran.Beratnya atau ringannya suatu cabaran atau dugaan itu,bergantung kepada individu itu sendiri.Mungkin orang lain melihat dugaan itu satu benda yang remeh temeh,mungkin orang lain pula melihatnya dari perspektif yang lain.Jadi,elakkan dari bertemu dengan orang menerima musibah dan kata ala rileks la bro,dulu aku kena lebih teruk dari kau.Jadi beringat lah.Mungkin orang yang menerima musibah tersebut akan berkecil hati dan pengharapannya terhadap ilahi akan punah.


~ Suatu musibah itu akan menjadi mudah jika kita mempunyai tali yang kuat dengan khaliq.Meskipun musibah yang datang itu sebesar gunung everest,namun hatinya tetap tenang,kalau hati gundah gulana ketika ditimpa musibah,mungkin hati kita ada 'problem' sikit.Mungkin hati kita telah terpaut dengan kecintaan terhadap dunia.Jadi.ambillah peringatan.


Kawan,
Umpama permata,
Harta yang berharga,
Bukan tuk diseksa,
bukan tuk dimusnah,
tapi untuk bergerak bersama,
menuju matlamat yang sama.

Kawan,
fikirlah tindakanmu,
sebelum engkau dituntut,
atas apa yang engkau sebut,
jagalah nikmat mulut,
kerana itulah membuatmu,
melutut.


p/s-kawan yang paling berharga dan bernilai tinggi,kawan yang jujur dalam percakapnnya.

~bahan-bahan diperoleh dari bait saadun~

Bercakap dan bisu mana bgs?

    magrib tu seperti biasa,danial akan mengerjakan solat berjemaah bersama rakan-rakannya.dah mcm satu kebiasaan  pula,walaupun tidak sekerap mana,tapi solat berjemaah menjadi salah satu top priority dalam hidupnya.Walaupun bukan berasal dari keluarga yang kuat "agam",namun itu tidak menjadi satu sebab dia tidak ke masjid.

    Magrib tu,dia kelihatan sedikit tidak bermaya,tidak tahu mengapa,cuma dirinya,kelihatan penat dan penin.Namun itu juga bukan alasan dia tidak perlu ke masjid.Selepas menunaikan solat berjemaah,dia bertemu dengan kawan-kawannya yang lain,melakukan akitviti yang biasa mereka lakukan.namun,petang itu,danial terlanjur cakap meng'komplen' cara pemakaian sahabatnya sehingga mengakibatkan sahabatnya 'kecil hati'

   keesokan harinya,keluar entry dalam suatu blog,mengenai kejadian yang berlaku selepas magrib semalam.danial membacanya.Termenenung panjang.Dia merasakan blog seperti 'bercakap' dengannya.seolah-olah memberi nasihat kepadanya.tanpa danial sedari,air matanya bercucuran membasahi pipnya.walaupun penggunaan bahasa yang agak sempoi,namun agak memberi kesan kepada diri danial.

    selepas membaca entri itu,dia baru teringat,bahawa dia telah membuat salah dalam ber'sosial' dengan temannya.Danial terus berjumpa dengan kawannya dan meminta maaf,mujurlah temannya itu,seorang yang berhati terbuka.

~p/s - betul la orang tua2 kata,lidah yang tak smpai berapa meter itu mampu membunuh manusia yang tingginya 6 meter.mati yang camna,itu terpulang kepada sesuatau situasi.Fitnah yang mengakibatkan seseorang dihukum gantung,atau apa sahaja yang boleh  mengakibatkan hati makhluk yang bergelar insan terseksa atau yang seangkatan dengannya.


jadi kalau begitu lebih baik bisu daripada boleh bercakap.erm...betulka statement ni?ermmmm
nikmat bercakap merupakan satu pemberian nikmat allah berikan kepada hambanya yang terpilih.Mungkin kadang kala kita akan tersalah guna,hingga boleh mengakibatkan musihabah kepada diri sendiri.


islam itu lengkap,merangkumi sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perakra.Islam tu bukan sekadar agama tapi merangkumi cara hidup seluruhnya dan salah satunya termasuklah cari kita ber'sosial'.


"lebih baik diam jika tidak tahu", daripada kia bercakap benda tak tahu,lebih baik kita diam,daripada kita mendapat saham dosa.Bukan semua orang banyak bercakap itu,mempunyai ilmu yang bnyk di dada,umpama lalang ditiup angin.Zahir sahaja nampak mcm balik ilmu,tp dalamnya kosong,dan tidak bererti orng yang pendiam itu bnyknya ilmunya,cumanya beringatlah.






makin bnyk bercakap makin banykalah lupanya(benda laro).jadi fikir dahulu sebelum nak cakap.jangan jadi orang pendek akal,tahu men cakap ja,macam mesin gun keluar pelurunya.




tirai dibuka,tingkap ditutup,mulut dibuka,mulut dituup`

didapati dari - Just irbid,urdun....

seorang muslim berasa selamat dengan saudaranya dari lidah saudaranya........

salah dan silap,minta perbaik........


Jumaat, 2 April 2010

Sejuk hatiku dengan kehadiranmu

              Malam itu,danial tidak dapat melelapkan matanya.Sesuatu telah menganggu jiwanya.Dia cuba untuk melupakannya,tapi sukar.Dia bangun,menuju ke bilik air,dia sendiri tidak mengetahui tujuaanya ke tandas,nak buang air kecil tak juga.Dia termangu dalam tandas.Dia rasakan ada sesuatu kosong dalam jiwanya.Dia cuba menyelami perasaanya,namun dia gagal dalam memahaminya malahan hampir lemas dengan jiwanya sendiri.


Dia menuju ke arah komputernya,menekan punat on,kemudian termenung.hatinya seperti ingin menjerit,ingin meluahkan sesuatu yang tersimpan didalam lubuk hatinya yang kecil itu,tapi dia sendiri tidak tahu,apa yang hatinya ingin jeritkan.Dia melihat ke skrin komputernya.Tangan kecilnya laju menaip sesuatu,cuba meluahkan melalui penulisannya,namun dia hampir setengah jalan,jari-jemarinya berhenti.Dia termangu.Tidak dapat menerukan kerana,jiwanya meminta tuk berhenti.Jiwanya seperti men'demand' sesuatu darinya.

danial memasang lagu wetlife,bakstreet boy dan lagu2 orang barat yang  lean.Danial merasakan dia mendapatkan ketenaangan.Dia merenung dirinya.Tiba-tiba dia teringat kata-kata kawanya,Ilham,yang baharu sahaja dikenalinya sebulan yang lepas.

"hidup kita ni umpama berlayar di lautan yang luas.Kita memerlukan minyak tuk mengerakkan kapal,kompas sebagai penunjuk,'stering' kapal sebagai pengubah hala.Di sini yang saya nak quotenya pasal kompas tu,kalau tak da kompas,kita akan tersesat di lautan yang luas.begitulah hidup kita ni,kita memerlukan kepada sesuatu sebagai panduan.Apa dia?Al-Quran.Kalau Danial rasa diri mcm dihimpit oleh sesuatu yang menganggu hati danial,cuba danial membaca al-quran,tak pun dengar orang baca al-quran,mudah-mudahan mendapat ketenangan" 


Kata-kata Ilham terngiang-ngiang di telinganya,seolah-olah baru sahaja bercakap dengannya.Dia menutup matanya,lalu kembali ke komputer pemberian ayahnya itu.Dia mencari folder bacaan al-quran yang di 'downloadnya' dari tenet dan setengahnya di'sedutnya' dari Nursalam,kawan serumahnya.

kemudian berkumandang ayat2 suci al-quran di biliknya.dia merasakan dia telah memenuhi keinginan jiwanya.Jiwanya tidak lagi memberontak.Matanya bergelinang dengan air mata.Entah kenapa.dia sendiri tidak mengetahui.nak dia paham bahasa arab,bukanlah sepenuhnya.Mungkin Allah masih membuka ruang tuknya tuk meruskan kehidupan dala redhaNya.

untuk sekian lamaya,danial menitiskan air matanya,merasakan dirinya jauh dari khaliq.





gambar hiasan



p/s- 
 aku menutup mataku,
cuba memahami kalbuku,

yang mudah tergonda oleh nafsu durjana,
moga aku berada di bawah perlindungaNya,
kerana aku insan biasa,
yang meronta,
meminta belas kasihan dari yang Esa,
moga aku dan kau tergolong bersama,
golongan yang dijanjikan syurgaNya,
Ameen

Buat mu--pacarku

Buatmu,pacarku,

Engkau datang tanpa mengenal waktu,

Tidak mengenal sapa di hadapanmu,

Jika tiba masanya,

Engkau akan datang tepat pada waktunya,

Menurut perintah dari Nya,

Aku merintih meminta simpati,

Agar aku mendapatmu dalam keadaan putih bersih,

Namun,itu suatu yang agak hasulinasi,

Tiada bekalan,tiada bukti,wala ishi,

Datangmu,suatu yang pasti,

Suka atau benci,

Itu sudah pasti,





gambar hiasan

Ionic bonding or covalent bonding?

    Seperti biasa,danial (bukan nama sebenar) bangun awal tuk melakukan aktiviti hariannya.orang kata,kalau bangun awal ni banyak rezekinya.Selepas sembahyang subuh,dia terus mengambil kitabnya tuk ditelaah sebentar,sememangnya itulah akitiviti hariannya selepas dia  menetap di bumi urdun hampir 6 bulan.

"ring!ring!'.Tunpuan danial terganggu dengan bunyi deringan telefonnya.Dia mencapainya.Ada mesej yang dia dapat.

"hari ni,kita da perlawanan bola.Diminta turun 7.30 am supaya kita dapat berbincang strategi.Perlawanan kita hari ni,perlawanan yang kedua".- Danial merengus,kemudian menyambung kembali pembacaaannya.

Tepat kul 7.30,danial bergerak ke padang,dengan pakaian jersi teamnya yang smart dan cantik,dia berharap agar perlawanan akan memihak kepada pasukannya.Dia berlari anak.Kelihatan dari jauh,perlawanan pertama belum lagi berakhir dan mengambil kesempatan itu untuk memanasan badan,takut cedera pula dalam perlawnan.ahli team yang lain telah pun bersiap.

"Ingat danial,kau janji ngan aku hari tu,kata nak buh 2 gol"  kata saiful,pemain pertahanan yang baru sahaja diimport.danial senyum,malas nak berkata-kata disebabkan agak gemuruh,meskipun dah bermain hampir 8 perlawanan,namun perasaan gemuruh tu tetap ada.

Perlawanan bermula.Pihak lawan yang memulakan perlawanan bermain denga agak baik dengan ketua pasukan sentiasa peka denga situasi dalam perlawanan.pasukan danial pula bermain dengan agak kekok.Persembahan mereka agak terjejas.

sepanjang separuh masa pertama,pasukan danial bermain tidak bersungguh-sungguh.Banyak kali pihak lawan membuat serangan yang berbahaya,namun tidak berjaya menjaringkan gol sehingga la,saiful menjatuhkan pemain penyerang pihak lawan dan disifatkan oleh pengadil 'kasar' di dalam kotak penalti.Dan disebabkan itu,pasukan danial mengalami kekalahan tipis.

Tamat perlawanan.Pasukan danial agak tidak bermaya,riak muka menggambarkan segalanya.Masing-masing tidak puas hati dengan persembahan hari ini ditambah lagi dengan keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada pihak lawan.Namun,danial akui,bukan itu punca kekalahan mereka.Pengadil buat berdasarkan apa yang dia rasa adil baginya,yang salahnya,pemain pasukannya sendiri yang kelihatan tidak mempunyai persahaman antara satu dengan yang lain.Dia akui kekalahan mereka.


~aplikasi~


ionic bonding ka covalent boond?soalan itu menerjah ke telinga ku.Apa bezanya,aku menyolkan diriku sendiri,mencari jawapan tuk memuasan diri selepas membaca kisah danial.Aku termenung seketika.Erm......


Aku rasa kena dua2 kot.aku tukang buat soalan,aku juga tukang penjawab,cumanya ionic bond ni,dia tak men share,dia men beri dan terima,lepas tu gabung.Kalau covent ni depa main share ja,tak dalah men beri2 tapi gabung gak la.





Apa bezanya dan signifikannya?


Aku termenung?


Mungkin ni jawapannya,ionic bond ni macam bond kita dengan saudara islam kita.ikatan yang kuat berbanding dengan covalent bond.Ionic bond mempuyai kekuatan bond yang lebih kuat dari covalent bond.Kadang2 diri kita perlu memberi dan menerima.Kadang2 diri kita perlu kepada ingatan dan memberi ingatan,Begitula juga dengan ionic bond.


Apa pula covalent bond?tu ikatan kita dengan mereka yang belum mendapat hidayah Allah(moga allah memberi hidayah kepada mereka).Kita share apa yang boleh tapi bond tidak la sekuat bond kita dengan saudara seagama kita.Sya tidak bermasuk kita perlu mengenpikan mereka ini,cumanya bukan semua perkara yang kita boleh lakukan bersama.




p/s-- detik masa berlalu pergi
meninggalkan sejuta memori,
perginya tidak kembali,
hanya mampu dikenangai,
moga perginya diredhai,
agar mendapat syurga hakiki.
     

Khamis, 1 April 2010

Cabaran bukan sekadar belajar.....

 

  Memimpin bukan suatu perkara yang mudah.Lebih-lebih lagi,kalau yang memimpin tu,baru sahaja berjinak-jinak dalam pimpinan.Rasanya,perkataan ni dah lali dan selalu kita dengar,kat sekolah dalam ceramah motivasi dan macam-macam sumber lagi.Namun,berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.Kita hanya senang untuk mengatakan bahawa memimpin itu suatu perkara yang agak berat tuk dilakukan.Jika ketika zaman dahulu,orang dilantik menjadi pemimpin,dia akan cuba mencari alasan tuk menidakkan dia tuk tidak jadi pemimpin tetapi zaman sekarang telah berubah.Manusia berlumba-lumba ingin menjadi pemimpin.Itulah,inilah dan macam-macam lagi cara yang dibuat tuk menjadikan mereka menjadi pemimpin.

     Setiap orang mempunyai tanggungjawab meskipun dia bukan pemimpin secara langsung.Ada yang bertanggungjawab sebagai anak,ayah,emak,pemimpin masyarakat dan sebagainya.Semakin besar tanggungjawab tu semakin besarlah pimpinan yang dipeganggnya.Tanggungjawab tuk mengadakan mesyuarat yang diagak remeh bukan satu perkara mudah dilakukan.Meskipun,nampaknya macam remeh,namun keadaan adalah sebaliknya.

    Hendak memikul suatu tanggungjawab perlulah kepada sifat2 mahmudah.Tak perlulah saya terangkan disini.Cumanya,jika tidak sifat ni dalam diri,alamat buruk la kesudahannya.Berlakulah penyelewangan di sana sini,maksiat bermaharajalela dan macam-macam lagi.Tuk tu,seseorang yang akan dipilih menjadi pemimpin perlulah mereka yang betul2 layak.Jangan harapkan sahaja lahiriah sahaja yang elok,namun rohaniah diketipikan,

   Baru ku tahu,tinggi rendahnya langit tuk memikul tanggungjawab.Bermula dari kesusahan yang dahulunya aku alami hinggalah sekarang.Bukan mudah hendak memimpin atau paling kurang pun melaksanakan tanggungjawab yang kita ada.Lebih-lebih lagi memimpin makhluk yang bergelar manusia yang mempunyai ragam dan keranah khususnya mereka yang terbabit.

   Fikirlah dan muhasabah diri,mungkin diri itu yang bermasalah jika pimpinan yang kita bawa atau tanggungjawab yang kita pikul itu tidak diterima umum oleh masyarakat.Mungkin pautan ikatan dengan Maha Pencipta begitu rapuh,atau kita telah dliabel dengan labelan yang kurang baik dan lain-lain.

   Berusaha ke arah kesempurnaan.Tidak ada manusia yang sempurna,cuma kita boleh berusaha ke arah itu.mudah-mudahan usaha kita mendapat timbal balas dari ilahi.


~jika diletak sebuah gunung dibahuku nescaya tidak dapat meyamai tanggungjawab yang ku pikul~




kalau ada salah dan silap dalam penulisan ku harap perbetulakan kepada sesiapa yang dia merasakan dirinya bertanggungjawab.sekian...