inginkan mati 'bergaya'
Memaparkan catatan dengan label tazzkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazzkirah. Papar semua catatan

Sabtu, 10 April 2010

blogku=diriku

Sebelum ni,aku ada mengatakan bahawa blogku=diariku,tapi kali ni,aku mengatakan blogku=diriku.Kenapa?Dulu,masa aku kecik2 dulu,ada orang cakap,apa yang kita tulis menggambarkan perilaku diri kita.Sama la juga orang cakap,apa yg kita pmerkan secara zahir(akhlak) tu melambangkan tahap keimanan seseorang,tapi bukan semua orang la betul.Kadang2 nampak ja mcm baek,tpi hati kita mana lah tau.betul kan?

Di sini,aku bukan nak kata aku baek,hehe,cuma just nak berkongsi.Jadi,kalau aku terlebih atau terkurang,aku minta maaf bebanyak,sebab aku bukannya baek mcm hampa yang membaca blogku,mungkin hampa yang membaca blogku ni,lebih baek dariku,malah lebih 'mulia' di sisi tuhan yang maha pengasih.Aku bukan nak berceramah agama atau bercakap tentang agama,kerana aku bukan orang layak bercakap tentangnya.Kalau nak bercakap pasal agama,kunjungilah blog2 yang sepatutunya.

Apa yang kita tulis tu melambangkan sikap kita,betul ka?Ni statement yang pernah aku dengar.Erm...mungkin ada benarnya statement ni,dan mungkin ada salahnya.Jadi,nak ambk yang mana satu?Sejauh yang aku nampak,hampir 60% yang kita tulis akan menggambarkan diri kita.Sama ada kita matang,mcm budak3 lagi ka,walhal umur dah mencecah 45 tahun,atau diri kita ni seorang yg optimistik atau mcm2 lagi.Nak tahu betul atau tak,orng yang terdekat ngan penulis blog tu ja mengetahui lebih.

Aku?hehe.Aku rasa,aku ni masih lagi berada di tahap 'budak' n macm  orang yang suka 'cakap lebih'.ehehe.betul ka?kalau nak tahu tnyala orang yang berada dekat nganku.Diaorang tahu jawapannya.hehe.orang kata,orang lain yang nampak diri kita sebenar.Kita mana la tahu.


~gambar hiasan~


Aku pernah terdengar lagi,jangan kau pandang diri seseorang itu,tapi pandanglah kawan yang berada disampingnya,kerana kawannya itu 'cermin' kepada dirinya.Betul ka?erm..tak tau la nak kata.Mungkin betul kot.tak pa,aku cuba bg satu cnth nak bg senang paham,kalau satu rumah,ada 4 bilik,2 bilik kuat studi,yang lagi 2 orang suka main2,kalau 2orang yang kuat studi itu,kuat semangat,tak terpengaruh dengan 2 orang yang lain tu,insyallah,dua orang kawannya yang laro tu akan terikut jejak kawannya kuat belajar.betulka?erm..anda sendiri mempunyai jawapannya.hehe

Aku bukan nak bercerita panjang lebar,sebab nnti hampa suma bukan nak baca pun,haha.Bukan kecewa,atau bukan nak populiriti,tapi saja nak cakap.hehe.Apa2 pun,terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan hari sukan hari tu.Sekali lagi,saya ingin minta maaf,kalau ada salah silap.Sya budak baru belajar n arttikel ini tidak dituju kepada sesiapa pun.sapa makan bnyk dia lah kenyang.erm...


p/s- aku buat ni tuk mengisi masa lapang.hehe.time badan agak tak berapa 'sedap'.
Thnks tu,ilham,syafiq,my blog 'partner',danial kholili.hehe.
Dibuat pada waktu petang.Aduh...harap aku tabah....erm..

khas buat mej2,aku sayang hampa suma....
khas buat mep09,salam persahabatan...
khas buat students 'jordanians',salam ukhwah.... 

Sabtu, 3 April 2010

kawan atau lawan?

Assalamualaikum w.b.t.


Kali ni,saya cuba mengetengahkan suatu perkongisan (kepada yang tiba2 tergerak nak bc blog ni la),tapi sebelum itu,saya just nak bgtau method saya menulis dalam blog yang tak seberapa ni.Pertamanya,saya akan meyelitkan satu cerita atau apa2 sahaja seangkatan dengannya,samada kisah benar yang telah diedit atau cerita rekaan semata-mata.Keduanya,saya cuba menyertakan cerita tersebut dengan  kehidupan seharian samada secara pendapat saya,puisi (kot) dan lain2.Jadi enjoy ur reading,if not,ur are pleased to go another blog.


Malam itu,danial sukar untuk menelaah pelajarannya,buku anatomy dihadapannya hanya ditatapnya sahaja.Mood belajarnya telah pun hilang.Dia termenung pangjang.Fikirannya melayang jauh mengenangkan nasib yang telah menimpa dirinya.Samada ketika berada di zaman kanak-kanaknya atau zaman remajanya.Dia mengeluh.Entah berapa kali,danial meinitiskan air matanya disebabkan mengimbau masa lampaunya.

Dia bergerak menuju ke arah meja belajarnya.Cuba mengambil ketenagan.Namun,bayangan masa silamnya semakin menerjah otaknya.Sedih,rindu,kecewa,gembira,semua bercampur baur.Macam minuman koktil (sejenis minuman buah-buahan).hatinya semakin pedih,sakit.Dia mencapai komputer ribanya.Menekan punat 'on'.Kemudian terteta di hadapan komputernya,your computer failed to be started,please insert your cd to reinstallation.Perasaan danial bertambah geram.Hendak dihentak sahaja komputer dihadapannya itu.Hatinya sakit.Berulang kali dia mencuba untuk menghidupkan komputernya,namun keputusannya tetap sama.Dia merengus.

Hatinya semakin memberontak.Tambahan pula banyak maklmuat dan dokumen penting dalam komputernya lenyap macam itu sahaja.Tanganya menggapai al-quran dihadapannya tanpa diperintahkan oleh 'otaknya..Dia membelek al-quran dihadapannya,lalu membacanya.Selang beberapa ayat dibacanya,hatinya menjadi sayu.Entah mengapa,tapi dia mendapat sedikit ketenangan.Dia kembali 'memberi nyawa' komputernya,namun statement itu tetap tertera di skrin komputernya.Meskipun begitu,hatinya  sudah tidak kisah.Dia tahu,setiap benda mempunyai 'limit' masing-masing.

Danial keluar mencari udara segar.Dia hanya mengikut sahaja kakinya ke mana tanpa mengetahui destinasi yang ingin dituju.Dalam siar-siarnya itu,dia bertemu dengan kawannya,Cuib D Luffy.Seorang yang sangat dia kenali.

"Dan,kau nak tgk cerita Onepiece tak?aku da anime yang terbaru" ajak Cuib.Danila hanya mengangguk tanpa mengeluarkan sepatah kata.Hampir 30 minit danial menghabiskan masanya bersama Cuib,kemudian dia meminta diri kerana ada hal perlu diselesaikan.Danial menuju ke rumah Bait Ninja.

Bertemu dengan ahli bait Ninja sedikit sebanyak memberi semangat baru kepada dirinya.Meskipun nilai yang naik itu 0,01%.Dipendekkan cerita,danial berbual,bermain,belajar dan sembahyang berjemaah dengan ahli bait ninja.Dia sangat bersyukur kerana Allah mempertemukan dia dengan ahli Bait Ninja.

~ kehidupan tidak lekang dengan cubaan dan cabaran.Beratnya atau ringannya suatu cabaran atau dugaan itu,bergantung kepada individu itu sendiri.Mungkin orang lain melihat dugaan itu satu benda yang remeh temeh,mungkin orang lain pula melihatnya dari perspektif yang lain.Jadi,elakkan dari bertemu dengan orang menerima musibah dan kata ala rileks la bro,dulu aku kena lebih teruk dari kau.Jadi beringat lah.Mungkin orang yang menerima musibah tersebut akan berkecil hati dan pengharapannya terhadap ilahi akan punah.


~ Suatu musibah itu akan menjadi mudah jika kita mempunyai tali yang kuat dengan khaliq.Meskipun musibah yang datang itu sebesar gunung everest,namun hatinya tetap tenang,kalau hati gundah gulana ketika ditimpa musibah,mungkin hati kita ada 'problem' sikit.Mungkin hati kita telah terpaut dengan kecintaan terhadap dunia.Jadi.ambillah peringatan.


Kawan,
Umpama permata,
Harta yang berharga,
Bukan tuk diseksa,
bukan tuk dimusnah,
tapi untuk bergerak bersama,
menuju matlamat yang sama.

Kawan,
fikirlah tindakanmu,
sebelum engkau dituntut,
atas apa yang engkau sebut,
jagalah nikmat mulut,
kerana itulah membuatmu,
melutut.


p/s-kawan yang paling berharga dan bernilai tinggi,kawan yang jujur dalam percakapnnya.

~bahan-bahan diperoleh dari bait saadun~

Bercakap dan bisu mana bgs?

    magrib tu seperti biasa,danial akan mengerjakan solat berjemaah bersama rakan-rakannya.dah mcm satu kebiasaan  pula,walaupun tidak sekerap mana,tapi solat berjemaah menjadi salah satu top priority dalam hidupnya.Walaupun bukan berasal dari keluarga yang kuat "agam",namun itu tidak menjadi satu sebab dia tidak ke masjid.

    Magrib tu,dia kelihatan sedikit tidak bermaya,tidak tahu mengapa,cuma dirinya,kelihatan penat dan penin.Namun itu juga bukan alasan dia tidak perlu ke masjid.Selepas menunaikan solat berjemaah,dia bertemu dengan kawan-kawannya yang lain,melakukan akitviti yang biasa mereka lakukan.namun,petang itu,danial terlanjur cakap meng'komplen' cara pemakaian sahabatnya sehingga mengakibatkan sahabatnya 'kecil hati'

   keesokan harinya,keluar entry dalam suatu blog,mengenai kejadian yang berlaku selepas magrib semalam.danial membacanya.Termenenung panjang.Dia merasakan blog seperti 'bercakap' dengannya.seolah-olah memberi nasihat kepadanya.tanpa danial sedari,air matanya bercucuran membasahi pipnya.walaupun penggunaan bahasa yang agak sempoi,namun agak memberi kesan kepada diri danial.

    selepas membaca entri itu,dia baru teringat,bahawa dia telah membuat salah dalam ber'sosial' dengan temannya.Danial terus berjumpa dengan kawannya dan meminta maaf,mujurlah temannya itu,seorang yang berhati terbuka.

~p/s - betul la orang tua2 kata,lidah yang tak smpai berapa meter itu mampu membunuh manusia yang tingginya 6 meter.mati yang camna,itu terpulang kepada sesuatau situasi.Fitnah yang mengakibatkan seseorang dihukum gantung,atau apa sahaja yang boleh  mengakibatkan hati makhluk yang bergelar insan terseksa atau yang seangkatan dengannya.


jadi kalau begitu lebih baik bisu daripada boleh bercakap.erm...betulka statement ni?ermmmm
nikmat bercakap merupakan satu pemberian nikmat allah berikan kepada hambanya yang terpilih.Mungkin kadang kala kita akan tersalah guna,hingga boleh mengakibatkan musihabah kepada diri sendiri.


islam itu lengkap,merangkumi sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perakra.Islam tu bukan sekadar agama tapi merangkumi cara hidup seluruhnya dan salah satunya termasuklah cari kita ber'sosial'.


"lebih baik diam jika tidak tahu", daripada kia bercakap benda tak tahu,lebih baik kita diam,daripada kita mendapat saham dosa.Bukan semua orang banyak bercakap itu,mempunyai ilmu yang bnyk di dada,umpama lalang ditiup angin.Zahir sahaja nampak mcm balik ilmu,tp dalamnya kosong,dan tidak bererti orng yang pendiam itu bnyknya ilmunya,cumanya beringatlah.






makin bnyk bercakap makin banykalah lupanya(benda laro).jadi fikir dahulu sebelum nak cakap.jangan jadi orang pendek akal,tahu men cakap ja,macam mesin gun keluar pelurunya.




tirai dibuka,tingkap ditutup,mulut dibuka,mulut dituup`

didapati dari - Just irbid,urdun....

seorang muslim berasa selamat dengan saudaranya dari lidah saudaranya........

salah dan silap,minta perbaik........